Fatwa Dr.Yusoff Al-Qardawi kepada Tentera Mesir

“Hukum Tentera Mesir Membunuh Rakyat Atas Arahan Kementerian”

Dr Yusuf al-Qaradhawi memberikan fatwa bahawa mana-mana tentera yang bertindak dengan membunuh rakyat Mesir yang berhimpun secara aman adalah haram dan ia merupakan maksiat kepada Allah walaupun mereka ditekan atas arahan dari Kementerian.

Hal ini jelas dengan nas-nas yang mengharamkan pembunuhan jiwa tanpa hak serta menolong dan bersubahat ke atas perkara zalim. antara nas-nas berikut ialah :

– Surah Hud : 113

– Surah al-Nisa : 93

– hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Amru. Nabi SAW menyatakan bahawa hancurnya dunia lebih ringan daripada membunuh seorang lelaki muslim

– hadis riwayat al-Tirmidzi daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Nabi SAW menyatakan jika penduduk langit dan bumi bekerjasama menumpahkan darah seorang mukmin maka Allah akan bumban ke dalam neraka

bahkan tiada ketaatan dalam perkara maksiat sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW.

“Bagi sesiapa dalam bidang ini (tentera) maka hendaklah takutkan Allah, dan jangan jadi pembantu kepada pihak yang zalim, jangan bunuh rakyat Mesir, dan jangan bantu kezaliman ke atas seseorang.” – Dr Yusuf al-Qaradhawi

sumber : qaradawi.net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: