“Sila baca dengan jiwa merdeka”

Saya mengikut statement dari WFP “Word Food Program” yang menekan kan soal “food shortage” di mana data menyatakan 345 juta Manusia mengalami kebuluran kesan dari “Food Shortage” . Saya cuba baca data ini untuk membuka “pandangan yang lebih besar dari masalah yang kita di malaysia hadapi hari ini”.

Beras Tempatan kurang di pasaran , Harga beras melambung tinggi , Bekalan Telur “limited” dan beberapa barang keperluan juga melambung tinggi. Ya,ini masalah yang kita hadapi di Malaysia. Saya setuju untuk menyalah kan kerajaan atas dua perkara

Pertama : Kerajaan tidak membentangkan contegency plan yang jelas kepada rakyat keseluruhnya

Kedua : Kerajaan tidak memberi amaran awal “initial warning” kepada rakyat soal “food shortage” .

Tapi kontra nya, saya tidak bersetuju secara keseluruhanya menyalahkan kerajaan. Kerana sebagai kerajaan cotegency plan harus di lakukan dahulu secara “internal” baru di hebahkan kepada rakyat dan “initial warning” tanpa plan-plan emegency menyebabkan rakyat panic dan kesan lebih teruk dari yang kita bayangkan. Huru hara dan kenaikan harga barang .

Tapi di mana silap nya?

Sebagai rakyat yang di beri pendedahan ilmu dan kita sebagai rakyat Malaysia yang di beri pelajaran sejak kecil (tadika) sehingga peringkat tinggi (universiti) , kita harus menerima sesuatu keadaan dengan fakta dan menganalisa secara ilmiah. Kita boleh melihat dari satu sudut tapi ia tidak adil bagi ilmu itu sendiri. Persepsi itu bukan ilmu tetapi ilmu yang baik boleh melahirkan persepsi yang ada jiwa dan mendidik. Bukan kah kita bangsa yang menekan kn soal dosa dan pahala? Persepsi yang bersifat negative atau jahat akan membawa kesan dan niat yang kurang baik bukah kah itu dosa?

Baik. kita kembali focus pada “root caused” kegagalan bekalan makanan.

Jawapan saya ialah ” Climate change” . Mungkin rakyat tidak terlalu terkesan kepada climate change atau perubahan cuaca mendadak. Ia kesan yang cukup teruk dan kesan domino nya sudah tentu kita rasai sekarang. Dari cuaca yang tidak menentu di beberapa negara pengeluar padi sehingga bekalan yang terhasil cukup “limited” dan mengakibatkan kesan cost(cost impact).

Ramalan demi ramalan soal food shortage dari pelbagai pakar. Jadi,kita harus bersedia untuk kesan ini. Climate change bukan semata-mata kesan pada makanan tapi kesan pada alam. Panas mendadak atau sejuk mendadak. Ini harus kita terima dan bersedia.

Mungkin kesedaran climate change harus di tekankan oleh NGO atau badan-badan kerajaan supaya rakyat bersedia dari segi mental untuk hadapi kesan nya.

Link Amaran dari sumber the guardian : https://www.theguardian.com/australia-news/2023/sep/05/climate-crisis-could-contribute-to-a-global-food-shortage-by-2050-us-special-envoy-on-food-security-warns

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect