PRU 15 satu PRU yang paling kritikal untuk Malaysia!

Bukan soal neratif tetapi realiti yang harus kita tempuhi.

Pada PRU 14 yang lepas, selepas 1tahun 8bulan(22bulan) kerajaan yang di pilih oleh rakyat jelata jatuh dengan cukup dramatik. Di situ kita di paparkan betapa dahaga nya “orang politik” kita akan kuasa dan jawatan. betul kata Presiden ke 16 US, Abraham Lincoln

” “Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man’s character, give him power

Luka dan kesan nanah masih berbaki pada hati rakyat. Tanpa sangka orang politik sebegitu parah “akhlaq” mereka.

Tapi, jangan kita menghukum semua nya begitu. Sistem “politik” itu sendiri bagus. Ia adalah hasil bayangan dari rakyat. Jika rakyat menulis di atas kertas dengan ilustrasi yang kemas,cantik dan lukisan yang penuh dengan disiplin maka lukisan itu akan di nilai sebagai lukisan yang “baik” .

Dengan kata mudah, kitalah (rakyat) tuan mereka(orang politik) sekarang. PRU 14 telah mengubah lanskap politik negara. Tapi masih memerlukan usaha dan tekad politik yang berani untuk memastikan Malaysia yang bersih. Bersih dari apa? Bersih dari amalan rasuah,salah guna kuasa dan negara harus di beri satu udara baru iaitu udara integriti dan adil pada semua.

Baik, ayuh focus pada topic asal iaitu PRU 15 cabaran dan masa yang kritikal untuk kita semua.

Selepas 20hb Novermber 2022 , Perdana Menteri yang baru akan berdepan dengan isu besar

  1. Menaikkan nilai mata wang malaysia
  2. Ekonomi negara (Prestasi BSKL dan Kemasukan pelaburan baru)
  3. Peluang Perkerjaan (Mengurangkan penganguran dan mengurus dengan baik)
  4. Inflasi ( 4% + harus di turunkan)
  5. Rasuah ( harus di sifarkan)
  6. Covid
  7. Politik Dunia (harus di tangani dengan cermat)
  8. Fanatik Kaum dan agama

Bukan kerja mudah bukan?

Jika PRU 15 ini di lihat oleh kita sebagai hanyalah memilih kerajaan, ia tidak tepat. Negara harus di pacu dengan cermat dan berani. tanpa seseorang sosok yang ada “talent” dalam politik,cara berfikir dan luas pengalaman dalam ekonomi dan politik dunia,maka kita sebagai rakyat akan ketinggalan dan 8 masalah di atas berulang-ulang tanpa penyelesaian yang baik.

Maka, Pastikan PRU 15 ini PRU yang terbaik untuk kita lakukan perubahan.

Kita Boleh!

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect