Dulu apabila kita bercakap soal alam dan keadaan nya, maka istilah umum ialah “alam sudah tua” .

Tetapi itu dahulu… sekarang istilah itu harus di tukar kepada “Alam sudah Nazak” .

Kita tidak mungkin memihak kepada “free thinker” lagi apabila petunjuk jelas alam memberi notis mudah kepada penghuni nya bahawa Alam sudah tidak mempu megawal diri nya sendiri. Penyakit datang apabila tua , dan diri nya sendiri sudah tidak mempu menanggung perit penyakit pada diri nya.

Sejak 3tahun ke belakang, saya menjadi pemerhati yang cukup teliti soal perubahan cuaca. Kajian, Jurnal , malah ulasan dari media menjadi bahan bacaan saya kerana naluri terbaru saya pada 3tahun dahulu bahawa “saya sangsi dengan keadaan bumi” .

3tahun selepas itu, kesangsian saya terbukti. Eropah menghadapi cuaca panas yang mendadak malah kepanasan yang di hadapi mereka pada kali terakhir pada 1000 tahun dahulu.

Taburan hujan mendadak menjadikan beberapa negara termasuk kita terkesan dengan banjir dan kemusnahan tanaman.

Bukan kah ini kesan yang telah di tulis dalam Al-Quran? Ya. Harusnya kita menjadi orang yang berfikir.

Sains tetap sains , kita tidak boleh nafi kan. Saya seorang jurutera maka saya tidak sama sekali meninggalkan sains tetapi saya percaya dan yakin setiap inci ilmu sains datang dengan kenyataan Al Quran . Maka tidak dapat tidak, Al-Quran lah rujukan dan ilmu sains hasil dari nya.

Sekarang apa perlu kita buat? sebagai orang muslim, ingatlah pesan Nabi saw “Jika ada biji benih di tangan mu,sedangkan kiamat berada di depan mu, maka tanam lah biji benih tersebut” (Perbetulkan jika ia bukan hadith sahih kerana hadith ini terkelat dalam fikiran saya sejak sekolah lagi)

Setiap kemusnahan ada penyelesaian nya “root cause”. Maka wajib bagi kita sebagai orang yang berfikir, memastikan bumi kita yang di anugerahkan oleh Tuhan menjaga dengan sebaik mungkin.

Climate change terlah berlaku sejak tahun 1800 lagi. Pasti nya hari ini kesan yang ketara kerana ia menghakis sedikit demi sedikit kesihatan bumi. Tetapi harapan harus ada dalam setiap kekusutan. Kita harus menjadi agen memastikan bumi di jaga dengan baik dan amanah.

Jawapan bagi semua di atas adalah tekad politik. Tekad Politik bagi pemimpin-pemimpin dunia. Eropah telah ke depan mendepani masalah perubahan cuaca mendadak ini dengan penggunaan EV (electric vehicle) dan beberapa penjagaan alam supaya negara mereka rendah carbon. Apapun, kita serah pada pemikiran yang waras. Tekad politik harus ada bagi setiap pemimpin untuk memastikan negara yang di huni oleh sejumlah kehidupan bernama “Malaysia” sentiasa dalam keadaan makmur.

Akhir kalam “Tekad Politik ,maka pilihlah pemimpin yang punyai naluri untuk tekad politik yang dalam”

Sekian.

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect