Apabila Pakatan Harapan yang di pilih rakyat pada pilihanraya Umum ke 14 pada 2018 jatuh pada tahun 2020 selepas 22bulan memerintah. Tanpa kabar yang jelas tika itu kepada rakyat umum , Perdana Menteri melepaskan tali amanah jawatan tanpa memberi sapaan awal pada rakyat.

Jika di kenang , Barisan Nasional berjaya di jatuhkan kerana asas sokongan rakyat dan cita-cita mahupun harapan rakyat inginkan sebuah kerajaan yang mampu menyebelahi rakyat tika suka mahupun duka.

Sejarah yang sama boleh kita kenang di Jepun, parti LDP dan gabungan Parti Komeito Baru tumbang pada 30 Ogos 2009 setelah memerintah Jepun sejak 1955. Cukup lama bukan? Tetapi kemenangan parti DPJ (parti demokratik Jepun) hanyalah sementara. Seakan sama dengan Malaysia cuma yang membezakan Pakatan harapan rebah,jatuh,tersungkur kerana kawan-kawan yang berjuang bersama “cas keting” “mufarakah” dari gabungan pakatan harapan itu sendiri. Malang. Pilihan rakyat di nafikan.

Biarkan sejarah di jadikan bahan rujukan. Saya juga sebagai pencatat sejarah untuk anak cucu kita di masa depan.

PRU 15 kali ini bagaimana?

Saya optimis walaupun jalan nya sukar “sedikit” . Bak kata orang tua “berdentum detam di hulu,di hilir jangan berganjak” . Pakatan harapan kalah di semua PRK Melaka ,Johor dan Sarawak. Mesej nya “Rakyat muak dengan politik” . Manakan tidak, PRU 14 rakyat berjuang balik ke setiap pelusuk negara untuk mengukir tanda “X” pada kertas undi semata-mata mahukan Kerajaan Baru. Malang nya selepas 22bulan, ia di khianati oleh pengkhianat kertas undi rakyat. Mereka “pendosa politik negara” .

Bagaimana pakatan harapan mampu mengubat luka lara rakyat? Jawapan nya, jangan biarkan rakyat bersendiri lagi. Orang yang duka jiwa , ubat nya adalah kata-kata manis. tetapi setiap bait-bait kata-kata harus di kota kan pabila berkuasa. itu Rahsia nya! sifir mengubat jiwa yang luka, hanya dua kali pujukan sahaja. Jika kali ke dua pujukan itu di nodai lagi dengan janji yang tidak di kotakan maka PH akan di lempar ke tanah “Di sondol itik ,di patuk ayam” (tiada lagi harga) .

Pakatan Harapan sebenar nya sudah di depan cuma “mood” rakyat harus di pastikan mereka berada dalam kedudukan yang baik .

Faktor Pakatan Harapan di hadapan

  1. Masa 22bulan adalah masa yang singkat bagi rakyat untuk peluang sebuah kerajaan itu di nilai
  2. Pengkhianatan adalah simpati bagi rakyat pada pakatan harapan.
  3. Barisan Nasional tidak insaf lagi – Ibarat Playboy yang insaf rupa nya mengulangi kesalahan berulang kali.
  4. Anwar Ibrahim – kronologi kejatuhan PH dan pengkianatan Tun M dan rakan-rakan nya memberi kredit pada nya.
  5. Rafizi – Sekembali nya Rafizi ke dalam lanskap politik Negara dan Rafizi mulakan kempen Ayuh Malaysia . Menjadi kan PH kembali ber”cahaya” di mata rakyat.

Apa-apa pun, PRU 15 akan memberi gambaran baru halatuju politik negara.

Semoga Malaysia di lindungi dan di rahmati.

Ayuh terun mengundi dan #ayuhmalaysia.

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect