Gegak gempita media sosial bagi pengikut politik selepas media mengumumkan Nurul Izzah telah di lantik penasihat Perdana Menteri (PMX) bagi kementerian Kekwangan.

Kita lihat dari beberapa dimensi sebelum mengeluarkan kritikan mahupun ulasan.

Dari segi perjalanan politik Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah sebenar nya tidak pelik mahupun “janggal” apabila Nurul Izzah di lantik sebagai “orang kanan” bagi Anwar Ibrahim . Kerana :-

-Anwar telah mendidik Nurul Izzah menjadi Naib President Parti Keadilan sejak 2010

-Nurul Izzah telah menyertai parlimen sejak 2008 di lembah pantai menentang Syahrizat Jalil.

Dua point di atas sebagai kronologi bagaimana Anwar Ibrahim mendidik Nurul Izzah sebagai “politician” seperti Anwar Sendiri.

Mungkin kita lupa dalam melihat jalur pemimpin-peminpin utama negara di mana Ayah nya seorang ahli politik malah pemimpin negara dan di latih anak-anak nya menjadi “wasiat” untuk mengikuti jejak sebagai ahli politik.

Soal perlantikan ini tidak harus di besar-besarkan, kita harus melihat soal pokok ” ekonomi , soal sara hidup rakyat bawah , perubahan cuaca dan sosial politik dalam negara” Ini perkara pokok yang harus di perhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bukan soal sentimen.

Saya juga kurang bersetuju apabila Sdr Anwar melantik Nurul Izzah,tetapi bagi saya penguguman itu tidak pelik dan jelik kerana pertama

  1. Nurul Izzah di lantik sebagai penasihat kepada PM secara pro bono (tidak bergaji)
  2. Nurul Izzah seorang ahli politik yang berpengalaman di lapangan bersama beberapa NGO’s -ABIM , SUARAM ,WLIF.

Point pertama sudah memadai untuk “mejinak kan hati-hati kita” kerana ia tidak melibatkan “cost impact” pada negara sedikit pun. Pasti nya sebagai seorang yang bernegara kita fikir jika seseorang datang menawarkan diri untuk berkerja bersama tanpa menawarkan upah. Ia sudah cukup “luar biasa bukan?

Mungkin kita di tutupi dengan sikap “pengkritik” secara “one view” . Mungkin kita harus tanya berapa penasihat kepada Perdana Menteri sebelum ini ? dan berapa “cost impact” di atas perlantikan penasihat-penasihat Perdana Menteri sebelum ini. ? Jawapan saya onbehaft Sdr Anwar Ibrahim, 2penasihat (TS Hassan Marican dan Nurul Izzah) tanpa sebarang cost (Zero) .

Ada satu perkara yang harus kita perhatikan , selagi mana Sdr Anwar Sendiri tidak melantik Anak cucu dan menantu malah sabahat handai dengan kontrak dan jawatan dengan menyedut wang negara maka kita harus bersyukur. Toleh semula bagaiman pemimpin sebelum ini berbelanja dan mengurus negara

Cermat atau “tebolah” ?

Satu perkara perlu kita ingat lagi, Anwar Ibrahim bekerja secara sukarela tanpa gaji sebagai perdana menteri, penasihat-penasihat nya juga tidak bergaji .

Adakah kita sebagai orang yang bertamadun “sampai hati” mempersoalkan sesuatu hanya dengan sentimen. sedangkan Prinsip Anwar Ibrahim soal tata kelola dan integriti masi dalam orbit dan radius prinsip.

Baiklah, ayuh kita jadi pemerhati dan pengkiritik yang bijak dan cermat.

Semoga Malaysia di pimpin dan di pacu dengan baik.

Madani itu luas , bukan soal Anak dan bini. Madani merangkumi pelbagai “sudut” . Maka ubah “view” dan jadi rakyat yang mengdokong dan mengkritik kerajaan dengan hikmah (bijaksana).

Sekian.

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect