Saya letakkan saranan Pope Francis ,ketua Katolik Kristian berkaitan Climate Change (Perubahan Cuaca Mendadak dunia).

Kita perlu muhasabah sedikit. Melihat ketua Katolik Kristian dalam soal ancaman besar dunia yang sedang dan telah hadapi -Perubahan Cuaca Mendadak atau climate change.

Ugamawan kita bagaimana? Saya cuba singgung dalam tulisan kali ini betapa POPE melihat dari sudut permasalahan besar dunia berbanding Ugamawan kita masih berbicara soal perkauman sempit , perbezaan parti politik , soal perpecahan. Saya akui ada Agamawan kita berbicara soal ini tetapi minoriti. Harus tinggalkan agenda politik “sempit” dan ayuh sama-sama berpegangan tangan hadapi masalah yang besar.

Iya, ini musim politik. tetapi biarlah kita berjiwa besar. Tidak semua lagak politik kita menguntungkan rakyat dan nagara. Itu semua telah terbukti.

Baiklah….

Inilah masa nya untuk kita kembali kepada teras(asas). Iaitu penyatuan dan menyeru seluruh warga negara bersedia dengan ancaman besar yang dunia.

Climate change bukan ancaman cuaca semata-mata, kesan nya cukup tidak menyenangkan. Kesan pada sumber Supply chain makanan dunia. Lebih buruk kita tahu Rusia telah menyekat laluan Laut Hitam yang menjadi laluan utama kapal-kapal dagang mengeluarkan beribu-ribu tan makanan kepada dunia. Ini juga “azab” baru yang bakal di hadapi dunia.

Negara kaya dan maju pasti hanya berdepan dengan kenaikan sumber makanan seperti gandum dan beras. tetapi bagaimana negara miskin? Negara miskin yang kebanyakan yang menadapat bantuan PBB ialah negara Islam. India telah menghentikan export beras murah kecuali beras basmati yang mahal harga nya. Kesan nya,pasti pada negara-negara dunia ke 3.

Pemimpin kita dan ahli agama harus mendedahkan rakyat dengan persedian ini. Saya ada menulis dalam posting sebelum ini soal climate change. Ahli politik, agamawan harus utamakan soal ini. Usah berselindung kepada rakyat. Mental rakyat perlu di siap sediakan dan pendedahan ini harus di ketegahkan. Inilah masa nya.

Hari ini kita dapat melihat kesan yang amat buruk, di china cuaca panas mencapai 50 degree. Kanada berdepan dengan banjir termasuk korea selatan.

Di malaysia kita focus kepada padi 5musim. bagaimana dengan cuaca yang cukup tidak menentu. pasti nya 5musim yang kita rancangkan ini terkesan.

Ini harus kita siapkan iaitu mental rakyat. Kerajaan sudah tentu perlu bersedia dengan kerangka planning jangka masa kecemasan tetapi rakyat juga harus bersedia.

Mungkin isu ini bukan isu penting bagi kebanyakan rakyat tetapi percayalah. Musuh dunia hari ini adalah climate change. Kita tidak terkecuali.

-Waraqoh Nawfal-

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect