Kiblat kita adalah aliran Materialisme?

Teman,

     Terpanggil untuk saya menulis tentang isu ini setelah mengamati,merenung dan memerhati dari jauh malah merasai sedikit sebanyak kesan dan terkesan dari arus baru yang melanda masyarakat. Ini cukup terkesan pada diri dan masalah ini adalah masalah ummat yang harus di kaji malah di halusi dari terus merebak menjadi barah. Kita menuju kemenangan Islam tapi ada “kemucup” dan lubang menghalang kita dari terus mara ke hadapan. Hadapan kita adalah pintu kemenangan Islam dan di tangan kita ada kunci empayar Islam moden yang masih belum di buka. Yang membuka adalah kita teman dan semangat Jihad harus seiring dengan amalan yang jujur malah istiqomah tanpa menjadikan pangkat dan tahta sebagai matlamat.

Teman,

    Wol Deorant dalam buku tulisannya “Mabahij al-Falsafah” menyatakan yang mana Aristotles mengambarkan Tuhan adalah satu roh yang amat rumit untuk di fahami malah di gambarkan ia tidak punyai keinginan,kehendak dan matlamat”

    Masyarat barat mengagungkan Aristotles sehingga bukan sahaja masyarakat barat tetapi kita melayu modern sudah mula berhadith dengan kata-kata Aristotles. Bukan salah tetapi fahaman melayu moden sudah mula nampak kompas kiblatnya sudah berubah. Secara teliti saya memerhati satu persatu aktivis yang di angkat punyai fahaman seperti ini. Fahaman yang menolak hukum tuhan malah orang agama di anggap “kecil” dalam perjuangan mereka. Kitab mereka juga bukan lagi al-quran tapi buku-buku sosialis yang mungkin menjadi Nabi baru di abad baru ini. Kenapa? Dan apakah puncanya? Mungkin kita harus fikir kenapa dan mana silap nya. Adakah silap itu datang dari pendakwah yang terlalu angkuh dalam misi dakwah atau mereka sendiri tidak berkehendak dengan ilmu agama?

    Manusia adalah makhluk yang terlalu subjektif sifatnya. Hari ini manusia mungkin bermazhab esok mungkin sudah tidak beragama. Ramai yang melihat kehidupan ini harus di calit dengan unsur keduniaan dan kemajuan di sulam dengan pengaruh fahaman yang berkehendak pada kehidupan tanpa menganuti fahaman selepas mati.

     Leopold Weis seorang tokoh ilmuan hebat di eropah yang juga telah memeluk Islam dan mengantikan nama beliau kepada Muhammad Asad. Dalam buku Al Islam ‘Ala Muftaraq al-thoriq ( Islam di persimpangan Jalan) ada menyebut yang mana orang barat moden menolak kewujudan roh dan melihat matlamat hidup menjadi kepentingan yang praktikal.

     Saya cuba kutip pandagan tokoh-tokoh barat dan ilmuan islam tentang isu ini. Mungkin tidak ramai yang melihat tetapi inilah hakikat. Rakan-rakan saya juga sudah mula luntur fahaman dan fikrah Islam mereka dan sudah mula beralih kepada kiblat baru iaitu sosialis malah lebih teruk menjadikan aliran meterialisme sebagai matlamat utama yang lebih utama. Ini masalah kita!

     Jika di baca Leopold Weis tidak menafikan di Barat terdapat individu yang berpegang dengan agama tetapi menurut beliau gelombang meterialisme terlalu kuat. Malaysia juga tidak lari dari masalah ini. Kita punyai ruang agama di media-media arus perdana dan media lain malah lahir begitu ramai ahli agama tetapi kehendak aliran baru itu tidak boleh di sekat mungkin agak sukar kerana unsur lain yang menebuk dari dalam.

     Sebagai pejuang agama dan ahli agama,mereka harus berhati-hati dalam menyampaikan dakwah baik melalui politik atau medium lain. Ahli agama seperti tidur dari melihat realiti malah mereka mengimpikan kuasa politik yang tidak pernah ada titik noktah nya. Ahli agama yang berjuang dalam politik kita lupa akan aliran baru ini. Meraka leka dengan “ghazal” media sosial seperti facebook. Mereka leka dengan memaparkan diari mereka malah rakus untuk dapat ratusan “like” pada setiap entry mereka. Mereka lupa untuk mendidik masyarakat. Mereka tidak pernah setiap pada waktu kerana masa itu amat beharga bagi pejuang Islam. Saya tidak nafikan yang masih ada ahli agama yang istiqomah tapi ia tengelam di tengah-tengah kelalaian tokoh-tokoh lain.

     Saya teringat seoarng wartawan America pernah menulis dalam buku Fi Dakhil Urubba (DI tengah Masyarakat Eropah) di mana beliau menulis

Sesungguhnya orang barat menyembah Bank enam hari dalam satu minggu dan hari ke tujuh mereka ke gereja”

       Hari ini orang Islam juga mengalami penyakit yang sama. Solat jumaat menjadi wajib tapi solat lain sudah di abaikan. Solat bukan hanya sujud dan ruku’ tapi di sebalik sujud dan ruku’ kita harus memahami falsafah di sebalik gerak kerja yang di wajibkan oleh tuhan. Jika kita umat Islam hitam dahi kerana solat yang kuat tapi misi dakwah nya lemah,hati sesama manusia tidak di jaga dan pasif seolah-olah berlagak alim sehingga dari berbicara lancar sudah halus seperti lemah nya manusia. Tunduk seolah seorang ahli sufi sehingga menolak dunia dan melihat alam ini benar-benar racun. Ini salah dan Saidina Umar al Khattab pernah memukul seorang yang berlagak alim malah lemah perilaku nya sehingga Umar r.a berkata “ini bukan sifat islam” .

      Oleh itu,berhati-hati dengan aliran sonsang ini dalam masa yang sama jangan ketepikan masyarakat yang masih dahagakan ilmu. Hikmat jangan di lupa kerana manusia ini di cipta tuhan sebagai insan yang punyai hati. Islam akan bangkit tetapi masa itu perlu di isi dengan matlamat yang jelas. Sebagai pendakwah jalankan umat dengan pengisian yang berguna. Jangan termakan maksud musuh Islam kerana musuh Islam bukan datang dari luar sahaja tetapi dari dalam. In sya Allah….

Waraqoh Nawfal-Shah Alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: