Kita tidak punyai

Kita tidak punyai!

Kita hanya lah insan biasa,

Yang tidak punyai,

Kita hanyalah sekelumit dari milik Nya,

Yang tidak punyai,

Kita berkira-kira tentang pahala..Sedangkan,

Kita tidak punya!

     Mengukir senyuman dalam kehidupan ini cukup senang,tetapi untuk mencipta ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa tidak semudah unggkapan. Kita berkira-kira tentang kehidupan,kita menganggap kehidupan ini kekal dan milik kita. Kita berkata-kata bahawa kita akan mati pada sekian-sekian masa. Tetapi itu mustahil kecuali dengan keizinan dari tuhan.

    Kita fikir kita lah tuhan dalam kehidupan kita,kita mengukir untuk melihat ukiran yang di ukir itu indah tetapi sukar,sukar kerana ukiran kehidupan tidak seperti memahat kayu sehingga terlihat kesenian yang tidak siapa faham. cantik hanya di mata sedangkan ia akan mereput dan mereput hancur. Kehidupan berbeza,berbeza kerana ia di ukir oleh tuan Alam iaitu Tuhan (Allah). Kita sangka kita tuhan? Mungkin sementara yang sementara.

    Kita hanyalah manusia yang cuba mencuba. Kita tidak berkuasa untuk berkuasa. Kita hanya kita,kita tidak berpunya.

   Renunglah. Wahai TUhan,terimalah renungan kami kerana kami hanya kami. Kami berkehendak atas kehendak insan dan kami menunduk atas resam insan ciptaan Mu.

Kita tidak berpunya!

Waraqoh Nawfal-18.1.2017

Kita Masih Merdeka?

Salam Merdeka!

    Sesungguhnya kita tidak dapat lari dari mencari erti merdeka selagi kita tidak selami apa itu merdeka. Kita juga tidak dapat mengecapi roh kemerdekaan selagi mana kita tidak merasa udara perjuangan. Merdeka! Merdeka! Merdeka! (Hanya ungkapan sedangkan jiwa dan jasad kita di jajah didalam era moden).

   Syukur kita masih hidup dengan aman tetapi benar kah jiwa kita masih merdeka? Hanya yang meletakkan jiwa pada tuhan akan benar-benar merdeka. Jiwa kita tidak kotor tetapi terbelenggu dengan mehnah dunia yang terlalu “gila” mengejar entah apa yang hendak di kejar. Merdeka!

   Merdekakah kita sebagai suami jika isteri keluar tanpa menutup aurat? Dan kita di anggap sebagai “suami” semata-mata tanpa melapik dosa dan pahala?

   Merdekahkah kita jika kita masih tunduk sujud pada majikan tanpa kita rasa gembira apa yang telah kita lakukan?

   Merdekakah kita jika kita mengejar wang ringgit semata-mata untuk sesuap nasi?

   Merdekakah kita jika kita di anggap manusia kecil dan masyarakat tanpa kita berusaha mengeluarkan mereka dari pemikiran yang lapuk?

   Merdekakah kita jika jiwa kita masih meletakkan iri hati ,sifat dengki sesama manusia?

   Merdekakah kita jika kita masih mengaggap bangsa kita adalah bangsa yang paling mulia?

Ya,Kita Masih Merdeka!

     Merdeka sukar di ungkap jika kita generasi baru! Merdeka pasti dapat di nikmati oleh para veteran askar ,polis atau masyarakat yang berdepan dengan penjajah kerana mereka merasai kesulitan jiwa dan hidup ketika itu. Tetapi kemerdekaan kita berbeza. Kerana perjuangan untuk kita memerdekakan diri juga berlainan jalan.

Semoga kita terus merdeka dan dapat di merdekakan!

Kemerdekaan sebenar adalah merdeka dari kehidupan yang semantara dan bertemu dengan tuhan yang kekal abadi!

Merdeka kita adalah merdeka dari dosa yang telah kita lakukan dan mencari jalan taubat untuk merasai jiwa yang benar-benar bebas dari titik hitam.

Salam Merdeka

-Waraqoh Nawfal-

Pesan Mak

Pesan Mak!

Usah tangguh menanguh kelak semua kerja tidak menjadi.

Pesan Mak,

Jangan tiru orang ,

Tapi biar orang tiru kita.

Pesan Mak,

Beringat tika senang,

Supaya tika susah kita masih ber”ada” untuk melangkah,

Pesan Mak lagi,

Usah tinggal solat,

Kelak tuhan tinggalkan kita.

Pesan Mak,

Pilih lah jalan hidup sendiri,

Kerna kita sendiri tahu apa yang kita hendak.

Pesan Mak lagi,

Hormati orang,

Kerna kelak kita akn di hormati.

 

pesan Mak…Pesan ku untuk cucu cicit nya.

Pesan Mak…Pesan ku untuk ku ukir ke dalam kitab tulisan hidup ku,

Pesan Mak…akan ku abadi tika aku sudah tidak mampu berpesan.

Salam Berpesan-pesan.

Waraqoh Nawfal`2016

 

 

Salam Syawal

Salam Syawal,

     Ramadan telah meninggalkan kita sama ada buat sementara waktu atau kekal ,tetapi kita berdoa supaya ramadan akan datang dapat kita nikmati,Ameen.

    Mungkin perjalanan hidup di akhir zaman semakin hari semakin mencabar dan kita perlukan ilmu dan ketahanan yang kental untuk menghadapinya. tambahan kita yang bergelar muslim. Untuk mempertahankan agama yang kita bawa malah ada saja kenkangan dan mehnah yang datang. Benar,sebagai insan kecil kita tidak dapat tidak akan melakukan kesilapan dan dosa tetapi aib sebagai insan harus di jaga kerana tirai itu milik Allah untuk di buka atau tidak tetapi tugas membuka tirai di ambil alih oleh kita. Kita telah membuka aib,Nauzubillah [Saya doakan supaya orang yang pernah menjatuhkan aib saya di ampunkan dosa dan di beri kasih sayang rahmat oleh Allah swt].

    Itulah,kadang kala kita terduduk apabila berhadapan dengan mehnah yang kita tidak sangka. Sebagai manusia,kita wajib meneruskan perjuangan sebagai insan dan pejuang agama. Seperti mana yang selalu di tekan kan dalam tulisan-tulisan saya yang lepas,berjuang agama tidak terletak pada syiar sahaja tetapi bagaimana implementation kita pada jalan dakwah. Bair kita nampak pragmatik tetapi kita masih berjalan dalam orbit Islam [walaupun ada kala kita terlepas landasan].

     Buat teman,ramadan telah meninggalkan kita dan kini kita masih di bulan syawal. Bulan kemenangan, kemenangan apa yang kita raikan? Tepuk dada,tanya hati dan jiwa. Jika kemenangan kita hanya sedikit maka berusaha untuk kita pertambahkan. Kita masih ada masa selagi mana peluang bersama kita.

     Semoga kita di ampuni dosa.

Waraqoh Nawfal~

Kita harus menjadi ahli “alam”!

Kita harus menjadi sebahagian dari Alam!

A’ssalamualaikum wahai tanah,

Kita sering lupa asal usul kita dan kita sering buta atau sengaja membutakan mata hati kita untuk melihat siapa kita. Siapa kita? Tanah? atau api? . Ada tanah yang merasa dirinya adalah api maka pe’el nya seakan-akan api sehingga dia lupa asal usul nya dan dia lupa siapa yang menciptanya. Api? Tanah? . Ya. Api itu setanlah maka tanah itu manusia lah. Jelas?.

Kekafiran manusia terhadap alam menjadi semakin parah makanya saya terpaksa melontar idea idea dalam bentuk huruf-huruf ini(tulisan) supaya kita terjaga dari lamunan yang di hijab. Selak hijab mu maka dirimu akan melihat alam. Alam ini setiap saat berbicara kerana di cipta alam cukup “brehi” (suka) berbicara tetapi bicara alam berupa bicara tuhan. Jika kita tidak mengenal tuhan maka kita tidak akan mampu merasa alam berbicara. Jelas? .

<bersambung>.

Saya tetap dengan PAS?

Dan berpegang teguhlah kamu sekaliah kpd tali Allah dan jgn kamu bercerai berai” -Ali Imran 3:103

Matlamat dan tujuan sebagai umat Islam pasti amal ma’aruf nahi mungkar. Dan perlaksanaan amal ma’aruf nahi mungkir tidak akan berjaya sekiranya kita tidak mençapai kuasa dari segi siasah secara total. <sambungan>

POLITIK MELAYU : ADAKAH MELAYU BOLEH BERGANTUNG PADA PAS & UMNO?

Dengan Nama Allah yang Maha Agong dan Maha Bijaksana,

    Tulisan ini ku lakar untuk mencakar idea-idea yang sering bermundar-mandir di persekitiran otak sejak akhir-akhir ini.”

     Persoalan pertama tulisan saya,adakah melayu (bangsa) boleh bergantung pada PAS dan UMNO?

     Persoalan itu timbul selepas beberapa peristiwa politik yang amat tidak sihat malah jika di coret dalam kertas pasti tidak untung untuk di jadikan bahan kebanggaan bangsa melayu. PAS dan UMNO,sebuah parti politik yang majoritinya Melayu dan asas nya ISLAM tetapi kedua-dua parti politik itu sudah goyang mungkin kerana parti itu sudah lama,uzur atau parti itu di pimpin oleh orang-orang kurang waras,bodoh,malah terencat akal politik mereka. Tindakan politik kedua-dua parti itu kebelakangan ini tidak ke mana malah makin mundur pendekatannya. UMNO terpaksa bertarung untuk mendapat kepercayaan rakyat manakala PAS bertarung untuk memaksa rakyat tidak mempercayai nya,melalui tindakan-tindakan mereka terutama dalam muktamar terbaru ini.

MELAYU.

    Saya berkira-kira,kecian bangsa yang bernama Melayu. Terlalu mengahrapkan bangsa sendiri untuk membela tetapi jelas di khianati malah di perbodoh-bodohkan. Melayu di gelar bangsa pahlawan tetapi bangsa itu sentiasa di perbudak-budak kan. Aduh. Adakah bermakna bangsa melayu mewarisi nasib nenek moyang mereka? sering di tipu malah di khianati .

     Saya berpendapat,bangsa melayu adalah bangsa yang hebat. Negeri melayu (tanah melayu)pernah menjadi negeri berdaulat pada 1403 dengan berdiri negeri melayu Melaka pada ketika itu. Bukti nya,selat melaka menjadi selat yang teratur sehingga ada sistem percukaian dan menjadi entrapot bagi perdangagan India-China. Pada abad ke 16 di percayai telah wujud hubungan Melaka-Jepun. Ini bukti bahawa orang melayu lampau bijak dan berdaya saing dan punyai sistem yang amat teratur di samping cerita-cerita kepahlawanan yang boleh di jadikan kebanggaan anak bangsa.

     Tetapi itu sekadar sejarah,sejarah tetap sejarah dan sejarah adalah bahan rujukan untuk kita tidak melakukan kesilapan hasil dari sejarah kejayaan atau kejatuhan. Persoalan seterusnya,adakah bangsa kita(melayu) telah berlajar dengan sejarah? atau Melayu tidak pernah mengetahui sejarah bangsa dan tanah air sendiri? . Tepuk dada tanya aqal anda.

      Melayu pernah menjadi bangsa yang hebat tetapi hari ini suasana nya berbeza. Suasana yang sering berubah-ubah. Melayu Malaysia punyai dua parti besar kini PAS dan UMNO tetapi kedua-dua parti itu tidak membantu secara langsung ke atas bangsa melayu itu sendiri. Contoh,dasar economi baru yang di perkenalkan oleh pada awal 70an sehingga hari ini tiada data yang boleh di banggakan. Itu di bawah UMNO. Di kelantan,PAS mentadbir kelantan dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abd Aziz ,dengan keharmonian rohani sehingga kelantan menjadi negeri yang punyai jati diri. Punyai pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz,Dato Husam Musa dan barisan cerdik pandai di belakang mereka,tetapi ia telah berlalu. Kelantan kini di perintah oleh MB dan barisan Exco yang tidak punyai “power” dalam berfikir.

      Di kala tsunami rakyat pada PRU lepas membuktikan bahawa rakyat inginkan perubahan terutama Sdr Anwar Ibrahim menjadi tulang belakang kepada perubahan ini sehingga wujudnya gagasan Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS DAP dan PKR. Rakyat melihat inilah medium baru untuk melepaskan diri dari belunggu korupsi dan ketidak seimbangan pentadbiran dan ekonomi negara,Melayu juga berfikiran begitu. Tetapi setelah beberapa lama rakyat memberi sokongan,PAS seakan u-turn dalam pendekatan politik mereka. Lebih mesra UMNO dan amat anti pada ahli sendiri yang terdiri dari golongan bukan ahli agama. Rakyat melihat ini satu lagi politik kurang sihat yang melanda parti PAS yang selama ini kita ingat parti itu adalah parti suci,ahli lebai dan orang alim akan menjaga akhlaq mereka tetapi silap. Pemilihan muktamar kali ini menunjukkan mereka tiada akhlaq sebaik itu. Melayu Islam tertipu lagi.

Persoalan saya seterusnya, Adalakah Melayu boleh mengharapkan DAP dan PKR?

     Jawapan saya,kita tiada pilihan. Politik Melayu harus cerdik dalam mengatur langkah dan kiblat nya harus pelbagai demi kepentingan. Sokongan pada DAP dan PKR pasti membantu melayu sementara PAS dan UMNO membaiki kapal mereka yang hampir ranap. Prinsip politik melayu mesti tetap iaitu ISLAM dan Kepentingan Melayu . Kita tidak boleh mengharapkan parti yang tidak jauh pandangan politik mereka,kerana ini zaman dunia tanpa sempadan dan zaman orang mendahului masa. Kita tidak akan rugi jika politik seperti ini kerana kita punyai lebih kelebihan iaitu PAS dan UMNO tidak lagi merasa mereka parti besar dan tidak boleh membuat sesuka hati. Politik perlu jujur apa kehendak kita baru hasilnya harmoni.

     Dalam buku Conflict and Cooperation in Business tulisan Rhenman E Stromberg menyatakan “konflik pasti akan berlaku apabila ketidakselarasan matlamat tidak tercapai.”

Maka jelas,Matlamat bangsa kita tidak tercapai dan mungkin tidak akan tercapai dengan PAS atau UMNO. Mungkin dengan parti lain yang bakal wujud tidak lama lagi?

Allah lah jawapan nya. DIA maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Sekian.

~HZ~Shah Alam.