POLITIK MELAYU : ADAKAH MELAYU BOLEH BERGANTUNG PADA PAS & UMNO?

Dengan Nama Allah yang Maha Agong dan Maha Bijaksana,

    Tulisan ini ku lakar untuk mencakar idea-idea yang sering bermundar-mandir di persekitiran otak sejak akhir-akhir ini.”

     Persoalan pertama tulisan saya,adakah melayu (bangsa) boleh bergantung pada PAS dan UMNO?

     Persoalan itu timbul selepas beberapa peristiwa politik yang amat tidak sihat malah jika di coret dalam kertas pasti tidak untung untuk di jadikan bahan kebanggaan bangsa melayu. PAS dan UMNO,sebuah parti politik yang majoritinya Melayu dan asas nya ISLAM tetapi kedua-dua parti politik itu sudah goyang mungkin kerana parti itu sudah lama,uzur atau parti itu di pimpin oleh orang-orang kurang waras,bodoh,malah terencat akal politik mereka. Tindakan politik kedua-dua parti itu kebelakangan ini tidak ke mana malah makin mundur pendekatannya. UMNO terpaksa bertarung untuk mendapat kepercayaan rakyat manakala PAS bertarung untuk memaksa rakyat tidak mempercayai nya,melalui tindakan-tindakan mereka terutama dalam muktamar terbaru ini.

MELAYU.

    Saya berkira-kira,kecian bangsa yang bernama Melayu. Terlalu mengahrapkan bangsa sendiri untuk membela tetapi jelas di khianati malah di perbodoh-bodohkan. Melayu di gelar bangsa pahlawan tetapi bangsa itu sentiasa di perbudak-budak kan. Aduh. Adakah bermakna bangsa melayu mewarisi nasib nenek moyang mereka? sering di tipu malah di khianati .

     Saya berpendapat,bangsa melayu adalah bangsa yang hebat. Negeri melayu (tanah melayu)pernah menjadi negeri berdaulat pada 1403 dengan berdiri negeri melayu Melaka pada ketika itu. Bukti nya,selat melaka menjadi selat yang teratur sehingga ada sistem percukaian dan menjadi entrapot bagi perdangagan India-China. Pada abad ke 16 di percayai telah wujud hubungan Melaka-Jepun. Ini bukti bahawa orang melayu lampau bijak dan berdaya saing dan punyai sistem yang amat teratur di samping cerita-cerita kepahlawanan yang boleh di jadikan kebanggaan anak bangsa.

     Tetapi itu sekadar sejarah,sejarah tetap sejarah dan sejarah adalah bahan rujukan untuk kita tidak melakukan kesilapan hasil dari sejarah kejayaan atau kejatuhan. Persoalan seterusnya,adakah bangsa kita(melayu) telah berlajar dengan sejarah? atau Melayu tidak pernah mengetahui sejarah bangsa dan tanah air sendiri? . Tepuk dada tanya aqal anda.

      Melayu pernah menjadi bangsa yang hebat tetapi hari ini suasana nya berbeza. Suasana yang sering berubah-ubah. Melayu Malaysia punyai dua parti besar kini PAS dan UMNO tetapi kedua-dua parti itu tidak membantu secara langsung ke atas bangsa melayu itu sendiri. Contoh,dasar economi baru yang di perkenalkan oleh pada awal 70an sehingga hari ini tiada data yang boleh di banggakan. Itu di bawah UMNO. Di kelantan,PAS mentadbir kelantan dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abd Aziz ,dengan keharmonian rohani sehingga kelantan menjadi negeri yang punyai jati diri. Punyai pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz,Dato Husam Musa dan barisan cerdik pandai di belakang mereka,tetapi ia telah berlalu. Kelantan kini di perintah oleh MB dan barisan Exco yang tidak punyai “power” dalam berfikir.

      Di kala tsunami rakyat pada PRU lepas membuktikan bahawa rakyat inginkan perubahan terutama Sdr Anwar Ibrahim menjadi tulang belakang kepada perubahan ini sehingga wujudnya gagasan Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS DAP dan PKR. Rakyat melihat inilah medium baru untuk melepaskan diri dari belunggu korupsi dan ketidak seimbangan pentadbiran dan ekonomi negara,Melayu juga berfikiran begitu. Tetapi setelah beberapa lama rakyat memberi sokongan,PAS seakan u-turn dalam pendekatan politik mereka. Lebih mesra UMNO dan amat anti pada ahli sendiri yang terdiri dari golongan bukan ahli agama. Rakyat melihat ini satu lagi politik kurang sihat yang melanda parti PAS yang selama ini kita ingat parti itu adalah parti suci,ahli lebai dan orang alim akan menjaga akhlaq mereka tetapi silap. Pemilihan muktamar kali ini menunjukkan mereka tiada akhlaq sebaik itu. Melayu Islam tertipu lagi.

Persoalan saya seterusnya, Adalakah Melayu boleh mengharapkan DAP dan PKR?

     Jawapan saya,kita tiada pilihan. Politik Melayu harus cerdik dalam mengatur langkah dan kiblat nya harus pelbagai demi kepentingan. Sokongan pada DAP dan PKR pasti membantu melayu sementara PAS dan UMNO membaiki kapal mereka yang hampir ranap. Prinsip politik melayu mesti tetap iaitu ISLAM dan Kepentingan Melayu . Kita tidak boleh mengharapkan parti yang tidak jauh pandangan politik mereka,kerana ini zaman dunia tanpa sempadan dan zaman orang mendahului masa. Kita tidak akan rugi jika politik seperti ini kerana kita punyai lebih kelebihan iaitu PAS dan UMNO tidak lagi merasa mereka parti besar dan tidak boleh membuat sesuka hati. Politik perlu jujur apa kehendak kita baru hasilnya harmoni.

     Dalam buku Conflict and Cooperation in Business tulisan Rhenman E Stromberg menyatakan “konflik pasti akan berlaku apabila ketidakselarasan matlamat tidak tercapai.”

Maka jelas,Matlamat bangsa kita tidak tercapai dan mungkin tidak akan tercapai dengan PAS atau UMNO. Mungkin dengan parti lain yang bakal wujud tidak lama lagi?

Allah lah jawapan nya. DIA maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Sekian.

~HZ~Shah Alam.

Jangan lupa fikir untuk ISLAM!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata sewaktu Majlis bersama Selebriti,

Kerja-kerja Islam adalah kerja wajib,bukan kerja pilihan”

Murabbi ummat itu telah pergi selama-lama nya dan hanya kita yang masih hidup ini harus menyambung perjuangan para alim ulama dan pendokong-pendokong Islam. Walaupun Nabi Muhammad saw jauh meninggalkan kita tetapi kalam-kalam hadith(yang sohih) dan al-quran masih kekal di pelihara untuk di jadikan pedoman dalam kehidupan kita. Inilah nikmat yang paling hebat dari Allah swt ke atas kita. Kebelakangan ini para ustaz dan para pejuang dalam jemaah telah sampai kepada satu tahap iaitu tahap “kelam” .

    Pergaduhan dalam jemaah PAS terlalu membinbangkan sehingga bukan lagi samar-samar tetapi jelas lagi terang. Adakah ini petanda Jemaah Islam (PAS) akan rebah menyembah tanah? Jawapan nya,biarkan masa untuk menjawab dan biarkan takdir untuk menentukan tetapi keyakinan kita adalah “teruskan buat kerja Islam” dan biarkan mereka-mereka dengan pergaduhan mereka. Kadang kala rasa benar dalam diri itu bahaya kerana rasa benar kadang kala datang dada yang di pimpin oleh Allah atau di pimpin oleh makhluk yang bernama iblis laknatullah. Wallahu’alam.

     Tulisan saya ini bukan untuk membuka pekung jemaah Islam itu tetapi saya ingin kabarkan akan kerja yang masih belum selelsai. Kerja kita masih tertangguh dan misi untuk ummah masih belum tercapai. Kita kadang kala terleka tetapi pintu taubat masih terbuka dan jalan perjuangan masih kosong untuk di isi. Benarlah sabda rasullullah saw,di akhir zaman kita(umat Islam) akan di timpa “malam yang gelap pekat” iaitu fitnah. Kita tidak sedar kita di pihak mana dan kita lali dengan khayalan nafsu yang menggila. Kita alpa dengan dendangan lagu yang di palu oleh kaum munafiq dan kafir untuk melemahkan saraf-saraf Islam. Di ibarat kita sedang memaku rumah,kita tinggalkan paku dan tukul semata-mata menyalahkan kayu yang keras dan paku yang panjang,sepatutnya kita tidak berhenti memaku dan terus memaku sehingga paku itu terbenam.

     Masa tidak menunggu kita kerana masa di cipta Allah untuk berlalu dan meninggalkan manusia yang khayal. Saya mungkin bukan ulama untuk mencipta tulisan yang bakal di baca oleh sekalian ummah tetapi inilah kerja kecil saya di samping saya berdoa,berusaha dan menyalurkan sedikir tinta untuk Islam. Saya seorang jurutera kecil dan apa yang mampu adalah mendidik orang sekelilling dan mencipta persepsi bahawa Islam itu indah kerana ini salah satu amanah dari Allah atas batang tubuh saya.

     Kerja Islam tidak pernah berhenti dan terhenti kecuali Allah telah meletakan titik noktah di atas hidup kita. Bukan kah Islam itu adalah agama perpaduan? Dan bukankah orang Islam itu bersaudara? . Kerja kita masih belum selesai,berhenti bercakaran sesama sendiri dan perhatikan panji-panji Islam perlu di kibarkan kembali. Hari ini insititusi ulama jatuh kerana wujud nya “geng ustaz” dan terwujud juga istilah baru “geng erdogan” . Perlu kah? Bukan kah Islam itu bersaudara? dan kambalilah bersatu di bawah panji islam. Perbalahan tidak akan berhenti kerana itu sifat manusia . Kita sabar dan ber “puasa” untuk tidak berpuas hati. Kita senantiasa tidak berpuas hati sesama manusia kerana itulah sifat yang tertanam dalam diri kita tetapi Islam dan Iman adalah kunci untuk menjinakkan nafsu liar itu. InsyaAllah. Bahaya fitnah! Kita sedikit alpa terus di makan musuh . Kita harus berwaspada dan kembali kepada Allah dan rasul. Cari titik kefahaman. Ini lah masa nya. -Waraqoh Nawfal.

Kenapa kita di Uji Allah?

Ujian adalah terbiah sebenar dari Allah swt dan ia adalah jalan terbaik untuk menjadi seorang hamba yang hebat

      Setiap yang manis pasti ada masin nya dan setiap yang cerah pasti ada gelapnya begitu jugalah dengan kehidupan. Kehidupan ini tidak selalu di selimut dengan ketenangan dan kegembiraan kerana hati manusia sudah menjadi ”asalnya” kita pasti lalai pabila di beri kenikmatan yang berpanjangan.

      Bukalah surah al-baqarah ayat 216,di situ ada jawapan bagi setiap kesedihan yang kita hadapi. Hati kita harus di pujuk dengan berbicara dengan diri dan jiwa kita perlu di isi dengan hak nya melalui mendekatkan diri dengan Allah swt. Kita manusia yang lemah maka perlu dekat dengan yang Maha Kuat supaya kita akan kembali ”kuat” dalam menempuh hari-hari yang entah bila akan berakhir nya.

      Adakala kita telah melakukan kebaikan tetapi tetap di pandang dengan keburukan dan kejahatan,usah khuatir teman kerana setiap inci kebaikan dan sebesar kuman jasa kita dalam kehidupan ini pasti di lihat dan di hitung oleh Allah swt . Oleh itu usah berkecewa dan berduka kerana Allah sedang memerhati Mu. Air mata Mu itu anggaplah sebagai peneman di kala lemah dan keringat Mu yang keluar anggaplah ubat untuk mambasuh tubuh mu untuk terus kuat dan gagah mengadapi kehidupan yang cukup memeritkan ini. Tepuk dada dan isi iman di dalam nya kerana dada kita perlukan pengisian.

      Usah kita menghina insan lain walaupun kita di aibkan kerana tugas membuka aib adalah Allah swt. Kita hanya terus berdoa supaya dosa-dosa insan yang berdosa itu di ampunkan Allah swt. Kembalilah kepada Allah dengan jalan hak dan tinggallah jalan yang batil. Setiap dosa pasti ada taubat nya dan setiap pahala pasti ada balasan nya iaitu syurga Allah swt. Maka usah khuatir. Percayalah kepada yang pasti. Allah itu maha adil.

   Seorang ulama pernah berpesan kepada saya, ”usah pegang dosa lama biarlah ia pergi dengan menghalau melalui taubat,Usah kecewa dengan aib Mu di buka kerana Allah sedang berusaha menutupnya” .

   Saya percaya dengan keadilan Allah. Setiap kesilapan pasti ada jalan taubat dan setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian nya. Saat kita sedih,kembalilah kepada Allah kerana saat itulah tanda Allah sedang memanggil mu. Allah itu Maha Indah dan Maha Penyayang sifat nya. InsyaAllah….

  Iman Malik pernah berkata

Jika Allah mengambil 1nikmat dari mu bererti DIA akan mengantikan 10nikmat yang lebih baik”

Perjuangan yang tidak pernah selesai!

Perjuangan kita belum selesai wahai teman!

    Perjuangan Islam tidak pernah ada titik noktah malah ia terus menerus berjalan sehinggalah jasad kita tidak lagi bersatu dengan roh. Itulah tugas kita sebagai manusia yang bergelar khalifah Allah swt.

    Sehari dua ini keadaan jemaah cukup membimbangkan sehingga perpecahan, keretakan dan kacau bilau cukup ketara. Akhlaq beberapa ahli jemaah (PAS) yang telah di tarbiah sekian lama tidak lagi mampu di tutup sehingga media sosial menjadi gelangang untuk bercakaran sesama sendiri. Inilah kesan apabila hikmah sudah luntur ,mungkin juga kerana kemenangan yang hampir itu menyebabkan sauh sudah di turunkan untuk berhenti dari terus belayar ke destinasi yang semakin hampir. Kapal yang hampir ke daratan jika tidak di urus tadbir dengan baik pasti karam walaupun daratan sedepa untuk berlabuh.

    Sejarah Islam mengajar kita untuk berhenti bermusuhan sesama sendiri. Perang Jamal contohnya, telah mengukir sejarah hitam bagi buku sejarah Islam di mana muawwiyah ra dan siti aisyah ra bercakaran sesama sendiri walaupun kedua-dua nya adalah insan yang banyak berjasa dalam agama dan Nabi saw sendiri. Ulama ada menyebut di atas peristiwa itu yang paling benar adalah yang berdiam diri.

    Islam dan politik sudah pasti tidak dapat di pisahkan dan ulama adalah golongan yang harus kita angkat sebagai satu golongan yang tinggi darajat nya dalam masyarakat kerana ilmu nya . Tetapi ulama itu sendiri perlu berhati-hati dalam menempatkan diri mereka di tempat yang benar(hak) . Ulama harus menjadi payung dan penyatu bagi manusia yang bermusuh bukan menjadi kayu api untuk terus membakar api yang semakin marak dalam jemaah. Ulama harus ada kepintaran nya di saat ini bukan mengikut pandangan si fulan bin fulan. wallahúalam.

   Bagi kita sebagai insan biasa,doakan supaya perjuangan dan jemaah Islam ini di bantu Allah dan di hindari dari fitnah yang tidak mampu kita tangkis. Adab sebagai insan yang cekal dan solid dengan akidah al-quran pasti perlu banyak bersabar kerana kesabaran itu ubat bagi racun yang sedang membarah. Ini akhir zaman,perlu kita ingat kerana penyakit ini pasti datang.

    Pesanan buat teman,kita teruskan dengan kerja-kerja Islam dan teruskan solat dan sabar kerana perjuangan ini tidak boleh berhenti dengan memerhati golongan yang bercakaran. Kita damaikan mereka tetapi jika tidak mampu ,doakan kerana pertolongan sebenar adalah Allah swt. Saya yakin dan percaya,insan yang bercakaran dalam PAS ini adalah insan yang telah di tarbiah dengan ajaran Islam yang solid tetapi mungkin ada sesuatu kesempurnaan yang ingin di capai cuma harus berhati-hati kerana penyakit hati adalah barah bagi manusia. Allah lah tempat kita mengadu.

Tuan Guru Murabbi Ummah telah pergi buat selama-lama nya tetapi perjunagan nya harus kita teruskan. Contoh ulama yang pintar dan licik sehingga mampu mematahkan jarum-jarum kejahatan musuh jemaah. -Saudara Anwar Ibrahim juga telah di masukkan ke penjara dengan fitnah yang cukup mengaibkan diri dan keluarganya. Perjuangan dan semangat kentalnya juga harus kita teruskan untuk ummah yang perlu pembelaan.

    Ingatlah,perjuangan ini bukan perjuangan Dunia . Ini adalah perjuangan akhirat. Tidak dapat tidak kita perlu kembali kepada Allah dan berdoalah supaya kita di bantu dengan di beri firasat yang dapat membezakan hak dan batil,firasat yang di pandu oleh Allah tanpa kita tergelincir sedikit pun. InsyaAllah.

    Kepada mereka(pemimpin) ,ingat lah amanah dari orang tua dan muda dan yang sanggup berhujan panas semata-mata imej Islam yang ingin di daulatkan. Setiap kata-kata yang keluar dari lidah anda(pemimpin) di lapik dengan ayat-ayat Allah ,jangan sampai ayat-ayat Allah swt itu menghina Anda kerana anda telah menodai amanah yang telah di beri demi nafsu dan kedudukan semata-mata. “Wallahua’lam” sekadar ingatan kita kerana menegur pemimpin juga kewajipan kita sebagai insan yang di beri hak sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi Nya ini.

    Kembali kepada Allah kerana dialah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    Ingatlah,kemenangan itu semakin hampir cuma kita di uji kerana kemenangan bukan barang murah!

Tulisan : Waraqoh Nawfal_Shah Alam

Tuan Guru Nik Abdul Aziz : Pergi nya Murabbi Ummah

Allah telah mengangkat ULAMA’.

Saya tidak sempat untuk menlangkah pulang menziarah TG Nik Abdul Aziz sewaktu almarhum meninggal pada 12 Feb 2015.

Sayu! Itulah yang bisa saya gambarkan ketika dapat perkabaran berita kematian murabbi ummah. Sesungguhnya Ulama sewaktu hidup nya harus kita menghormati nya dan mendapat sebanyak mungkin ilmu dari nya kerana ilmu yang di bawa adalah ilmu para rasul-rasul Allah,ilmu Islam yang pasti menjadi pegangan kita baik sewaktu kita hidup atau mati kelak.

Tapi sayang nya manusia muktahir ini terlalu mengagungkan pemimpin yang berfahaman sekular dan artis dari menghormati Ulama. Kerana soal politik kita menjadikan ulama sebagai bahan cacian dan sewaktu “mati”nya ulama baru kita mengenal siapakah ulama ini. Sudah terlambat tetapi ilmu yang di tinggalkan harus kita amalkan dan perjuangan menegakkan dustur Allah harus kita teruskan dengan istiqomah dan solid semangat kita demi amanah sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi.

Berita kematian Ulama di kelatan bertalu-talu dengan pergi nya Tuan Guru Hj Zakaria dan Tuan Guru Hj Harun. Mereka ulama dan mereka pejuang agama. Semoga kita terus mendidik anak cucu kita dengan Ilmu Islam yang solid dan teruskan perjuangan Islam yang telah di wasiatkan oleh Para Rasul Allah atas batang tubuh kita sebagai ummat seterus nya.

Yakin,Islam pasti tertegak!

Isu K-Pop – Kenapa dengan remaja melayu kita?

Untuk melihat bagaimana bangsa dan negara di masa hadapan maka lihatlah anak muda pada hari ini

Kenapa dengan anak muda bangsa kita?

Mungkin itu pembukaan tulisan dan cetusan idea untuk saya kembali membuka post baru di blog saya ini. Terpandang dan sudah menjadi viral di dalam media sosial akan isu remaja perempuan melayu “Islam” memeluk penyanyi k-pop. Bagi saya ini satu petanda yang amat menyedihkan. Walaupun isu ini di ketengahkan oleh pemain media sosial tetapi harus kita menunding kepada pihak-pihak lain juga seperti jabatan agama,para ulama yang berada dalam jalur jawatan kerajaan dan pemimpin-pemimpin Islam . Bukan untuk menyalahkan tetapi untuk “membahagikan” tanggungjawab kepada setiap orang dari kita termasuklah warga pendidik dan juga ibu bapa penjaga. Bukankah kita ini saling berkait rapat antara satu sama lain?

Sistem Pendidikan Negara,adakah ia berkesan?

Pertama sekali mungkin ramai dari ibu bapa penjaga akan menyerahkan anak tanggungan mereka mungkin 50~70% kepada sistem pendidikan,maksud saya kepada pihak sekolah. Tetapi adakah sistem di sekolah-sekolah di negara kita cukup berkesan untuk mendidik pelajar-pelajar nya?

Persoalan itu subjective untuk di jawab. Kerana ia juga bergantung terus kepada pengajar atau cikgu itu sendiri. Cikgu memainkan peranan yang penting dalam sistem ini. Jika cikgu ke sekolah dengan harapan menghabiskan silubus subject mereka semata-mata dan focus kepada score peperiksaan maka ini adalah salah satu punca. Cikgu di bayar gaji tetapi ada satu lagi fungsi di sebalik bayaran gaji itu adalah fungsi cikgu itu sendiri dalam menyalurkan maklumat dan menegur anak didik mereka.

Betapa penting nya cikgu dalam kehidupan pelajar dengan beberapa contoh yang terjadi sewaktu saya menjadi tutor dan pensyarah di IPT.

Contoh pertama : CEO di kolej saya mengajar (sewaktu saya menjadi tutor) di memberitahu sejarah yang anak nya tahu itu salah kerana apa yang CEO saya tahu dan buku ceritakan berbeza dengan apa yang anak nya terangkan. Tetapi anak nya tetap bertegas kerana alasan nya “Cikgu yang beritahu,mestilah betul” .

Contoh Kedua  : Sewaktu saya menjadi pensyarah jemputan di sebuah universiti,saya mengajar dan menerangkan teori yang salah ( tersilap kiraan) . Tetapi pelajar tetap berpegang dengan teori saya sehingga saya membetulkan dan memohon maaf.. Pelajar saya tahu tetapi dia lebih yakin dengna teori saya.

Dua contoh di atas jelas menunjuk kan bahawa individu berstatus pengajar atau guru itu menjadi ikon kepada mereka. Rumusan nya cukup mudah, jika ikon itu positive maka positive lah pelajar dan sebaliknya .

Cikgu dahulu mereka mengajar bukan sahaja dari sekolah tetapi di rumah juga mereka membuka pintu untuk anak didik mereka datang belajar. Berbeza dengan cikgu hari ini,di sekolah mengajar dan jika mereka perlukan additional class maka cikgu itu mengenakan bayaran dengan di gelar tuisen. Ini perbezaan. Saya bukan memburukan intitusi dan title guru kerana isteri saya juga seorang penjagar tetapi saya ini melihat dari sudut pandang saya . Ini hanya teguran.

Masyarakat yang tidak cakna?

Apabila satu buku tulisan Dr Yusoff Al Qardawi (tajuk saya lupa) berbicara soal ketamadunan,beliau dengan jelas menyatakan bahawa manusia moden bangun tido terus menyembah bank,pusat kekwangan sehingga mereka lupa akan manusia lain dalam kehidupan.

Prof Reanant Deupond dalam buku So Human An Animal menyatakan manusia barat hidup seakan binatang.

Apa maknakah itu?

Ber erti masyarakat kita lebih cenderung soal kehidupan diri sendiri dari mendalami dan membina masyarakat yang berpelbagai. Berpelbagai dari segi budaya,agama politik (yang jujur dan bertoleransi ) . Ini semua unsur-unsur yang manusia moden sudah tidak ada sebab itulah kesempurnaan remaja moden sudah luntur. Mereka sanggup mengetepikan hak masyarakat lain untuk menegur demi kepentingan mereka. Mereka lebih memperjudikan tubuh badan dan maruah mereka dari menjaga dan memakmurkan jati diri mereka. Itulah kelemahan yang harus di tanggung oleh semua.

Manusia moden sudah luntur prinsip sebab itulah apabila manusia yang berprinsip di anggap sonsang dan menjengkilkan. Tetapi prinsip itu dapat memakmurkan jiti diri dan maruah seseorang.

Agama!

Ini adalah unsur yang paling penting iaitu agama. Sudah pasti remaja yang di viralkan akan soal berpelukan dengan artis k-pop itu bertudung dan melayu maka jelaslah syarat islam nya sudah di penuhi secara lahiriah. Tetapi kenapa ia masih terjadi jika ia sudah beragama?

Jawapan nya mudah. Agama seperti angin dan belon. JIka belon tidak di tiup untuk membesarkan dan memenuhi sifat belon  itu maka ia jelas hanya belon dan tidak sesempurna ciptaannya. Jika ia di isi maka jelas ia sudah berfungsi sebagai belon yang penuh dengan ciri-ciri ciptaan nya. itu analogi dari saya….

Ahli agama juga harus berfungsi sebagai ahli agama. Sebab itulah ahli agama tidak harus mencipta wang dengan status mereka tetapi mencipta perubahan untuk hak mutlak umat. NGO-NGO Islam bercambah dan hebat tetapi mereka tidak mampu untuk merubah ummat. Ummat dahagakan ilmu dan kecerdikan para dai’e dan NGO ini.

Oleh itu,saya mungkin tidak selengkap penganalisa lain. Saya hanya manusia biasa yang mampu melihat dan menulis untuk umat dan dakwah . harus kita ingat,agama bukan milik para ustaz atau ulama tetapi agama berfungsi untuk menyelesaikan masalah malah mambantu ummat dari di belenggu ke jahilan.

“Beri aku 1.000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda niscaya akan kuguncangkan dunia” _Bung karno

Pujangga berkarya di dalam bah : Siri 1 – Bah

Air Bah di Kelantan seperti bumi sudah tidak mampu untuk menelan nya lagi,

Air air air…

Di sana air,di sini air…..

Ia juga di panggil bah..

Bah sudah datang tapi ia seakan menggila,

Menggila kerna ada satu jawapan yang di bawa nya,

Apa itu? Jawapan nya di mana? Bagaimana untuk di cari?

Tepuk air…biar terpercik ke muka mu..itulah jawapan nya.

Aduh..Air Air Air…bah,bah bah,

Benggong aku kerana bah bah bah….

Sayu aku ketika Bah kian meyapa rumah orang tua ku,

Bukan di sapa perlahan tapi deras sapaan nya,

Bukan di tegur baik tapi kasar teguran nya,

Bukan di panggil sopan tapi garau panggilan nya,

Ada yang lari ke bukit… Seperti cerita Nuh…

Ada yang mengangkat kaki dan ada juga yang diam kerana tinggi jiwa nya untuk bersapa dengan bah,

Aduh……

Ketika ku berkaya,air bah sedang menggila…

Aku juga gila kerna membiarkan orang tua ku di sana..

Harus bagaimana? aduh.. Bah bah bah..