MAHMOUD EZZAT MURSYIDUL AM BARU IKHWAN Berikutan penangkapan Mursyidul Am Ikhwan Muslim semalam, Syeikh Dr. Muhammad Badie’. Hari ini Ikhwan menamakan Dr. Mahmoud Ezzat, Timbalan Mursyidul Am menggantikan Dr. Muhammad Badie’. Sumber : FJP & Ahram Online

Panji-panji Islam akan terus berkibar dan di kibarkan oleh manusia yang di pilih Allah swt. Wajah Islam tetap sama cuma wajah musuh islam pasti berubah maka tugas genting kita sebagai khalifah untuk berani berdepan dengan golongan mustaqbirin yang senantisa menindas dan menafikan hak kita umat islam dan pendokong Islam.

 Teman,

     Kita harus berdiri dan sedar dari tidur yang tidak sudah. Akal kita di racun malah jiwa kita di suntik kemewahan dunia yang melalaikan. Bangkitlah di atas darah mujahideen,bangunlah di atas kejatuhan negara Islam. Masihkah kita ingat Perang Yarmuk? Kajatuhan Syam? Kejatuhan Jurussalam(palestine) ,Amoriali, Constantinople? Kita umat Islam tidak punyai batu sempadan antara satu sama lain.

      Bacalah Surah Al-Ra’d : 11 dan jadikan pedoman dan nasihat dari Allah untuk kita pejuang Agama Allah. Dan percayalah kita tidak berkeseorangan teman. Allah itu maha mendengar dan rintihlah kepada Allah,rayulah pada Nya kerana rahmatNya cukup luas.

      Yakinlah, peganglah di atas Surah Al-Kahfi ayat ke 10 dan Surah Al-Imran Ayat 8.

Salam sayang buat teman dan doa ku untuk Mursyidul Am Ikhwan yang baru Mahmoud Ezzat.

-Suara Insan Kerdil,Waraqoh Nawfal:Shah Alam

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect