Rumusan 24Jam lalu di Mesir

Assalamu’alaikum wbth,

[Ringkasan Tentang Apa Yang Berlaku Pada 24 Jam Yang Lalu]

1. Berikutan demonstrasi di Masjid Al Fath di Ramsis yang akhirnya membawa kepada tembak-menembak – sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dibawa ke penjara. Keadaan sebenar tentang kejadian tersebut masih belum jelas.

2. Beberapa laporan mengatakan bahawa tahanan menjadikan seorang anggota polis sebagai tahanan dan mereka (tahanan) terbunuh selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka. Terdapat agensi lain (dipetik dari MENA) yang menunjukkan bahawa tahanan kemungkinan mati selepas Pasukan Keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan berhampiran penjara.

3. Ikhwanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kematian tersebut adalah satu ‘pembunuhan’.
[ Link : http://on.fb.me/16Bi7lh ]

4. Jumlah kematian : Laporan tentang jumlah kematian sejak hari Rabu (selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai) yang lalu masih bercanggah. Sekurang-kurangnya 800 orang telah dibunuh namun angka ini masih belum dapat dipastikan.

5. Pakatan Anti Kudeta meneruskan hari kedua dalam ‘Minggu Bantahan’.

6. Sebilangan jumlah demonstrasi oleh Pakatan Anti-Kudeta telah dibatalkan kerana kebimbangan terhadap keselamatan manakala yang lain cuba untuk melanggar perintah berkurung.

7. Ekonomi negara sedang bergelut dan menjadi semakin buruk semasa perintah berkurung ini.

Sumber : Al Jazeera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: