Assalamualaikum wbth,

      Saya menyusun jari kerana terlewat untuk update isu terkini saudara kita di Mesir kerana sumber terkini sedikit terkendala .

     Alhamdulilah,semua nya sudah pulih dan saya akan update isu terbaru di mesir sedikit masa lagi  atas permintaan sahabat dan pengunjung setia webblog ini. Syukran.

     Di saat kecelaruan sumber dan berita,media kita juga terpalit dengan isu yang di laporkan oleh pihak yang berkepentingan di sana. Saya dan rakan-rakan menonton media mesir seperti Tv dan berita rasmi nya tetapi hasilnya fakta jelas berat sebelah kecuali beberapa media yang telus dan mengambarkan situasi sebenar mangsa atas kezaliman tentera mustaqbirin mesir.

     Malang sekali ada pelapor dan media alternatif kita di sana telah gugur syahid. Tapi di saat gugurnya pejuang pasti akan lahir lebih ramai pejuang atas semangat dan darah suci saudara kita di sana.

    In sha Allah jika pembaca punyai acc facebook,saudara boleh like pages sahabat kita MesirKini untuk mendapat beberapa sumber sahih termasuk juga page RNN (dalam bahasa Arab) .

      Saya attached gambar muka hadapan sinar yang harus di puji.Sebagai pejuang dan rakyat yang bertamadun inilah media yang kita harapkan. Media yang tidak memihak pada golongan zalim tapi harus telus dan adil dalam mendepani sumber yang pelbagai.

     Telah di janjikan bahawa musuh Islam tidak akan berdiam diri untuk menyekat kemaraan Islam. Anuar Jundi telah menulis pada 1985 yang mana beliau tegaskan musuh Islam akan menggunakan Islam untuk melemahkan Islam. Sudah terbukti dalam lipatan sejarah yang mana lahirnya syiah hasil bibit-bibit api permusuhan yang di nyalakan oleh kelompok munafiq dalam ikatan ukhwah Islamiah di kalangan sahabat terutama di zaman pemerintahan Khalifah Uthman ra dan sahabat lain spt Aisyah dan Muawwiah ra.

    Ayuh teman kita kembalikan semangat perang salib dan semangat Al-Sultan Salahuddin Al Ayubi. Tapi di sebalik semangat itu pasti Yahudi dan Kuffar tidak akan berdiam diri. Panglima Perang Britian,Alenby pada 1917 dan Panglima Tentera Perancis,Gouround yang mana mereka dengan angkuh telah memijak kubur Salahudin Al Ayubi di Damsyiq dan berkata

Sekarang kami telah kembali wahai salahuddin”

    Kita jangan lupa dan menutup mata dari melihat sejarah. Kezaliman ke atas umat Islam di Bosnia Herzeqovina yang berdepan dengan penderitaan dan kezaliman yang di lakukan oleh Puak Serbia. Di mana negara-negara Eropah yang agung-agungkan keamanan dan keadilan? Mereka diam dan terus membisu. Paling sedih dan terpalit dalam lipatan sejarah kita sebagai pejuang Islam di mana puak serbia cukup angkuh dengan menyatakan

Kamilah pahlawan Salib”

     Mereka diam termasuk negara-negara Islam yang agungkan Sunnah,Syiah malah kelompok yang agungkan merekalah penjaga mekah. Dimana suara-suara jihad mereka? Di mana suara-suara sesama Islam yang di ajar oleh al-Quran dan Rasullulah saw?

        Sejarah itu telah membuktikan kita diam seribu bahasa. Kita tidak ada beza dengan Negara Eropah seperti Rusia yang beragama Orthodox,Perancis yang bermazhab Katolik dan Britian sebagai pengikut Protestant. Tidak ada beza malah mungkin sama.

        Sejarah baru terukir kembali. Isu Syiria dan kini Mesir telah melakar sejarah baru kita orang Islam. Jika isu mesir ini kita masih berdiam diri maka tidak ada beza dengan negara sekular lain malah mungkin yahudi akan bertepuk tangan kerana kesan racun sudah berkesan pada setiap umat Islam termasuk pemimpin negara Islam lain.

          Islam pasti akan menang. Bukti telah terlukis malah tertulis dalam sejarah moden yang mana ramai ilmuan barat telah mencapai objektif mereka dari sudut ilmu. Objektif ilmu pasti akan berakhir dengan al-quran kerana Kitab Umat islam itu punyai tulisan yang berdiri di atas Haq. Saya akan menulis tajuk baru berkaitan intelektual Barat yang memeluk Islam di entry terbaru saya kelak.

           Ayuh teman,bakar kelemahan kita dan lahirkan semangat Jahada. In sha Allah…

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect