Kemana PAS selepas 2015?

Tahun 2015 masih panjang untuk kita plotkan tambahan apa yang bakal berlaku di hadapan kita tidak sampai makam. Kita bukan ahli nujung dan kita juga bukan manusia yang bersila di hadapan mangkuk manji untuk meratap air apa yang bakal berlaku. Kita bukan juaga ahli firasat yang mempunyai firasat tepat apa yang bakal terjadi di hari depan. Atas sebab itulah saya menulis apa yang berlaku pada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas tahun 2015?

     Saya bukan ahli nujum dan saya bukan ahli firasat walaupun saya rasa firasat saya sering mengena dan jarang tumpul. Tapi itu sudah riak…Nau’zubillah. Kerja kita untuk agama perlu di teruskan walaupun apa yang kita rasa dan kerja untuk ISLAM bukan kerja senang tambah-tambahan kita berjuang dalam PAS sezaman dengan zaman dajal-dajal kecil yang mana udara fitnah cukup busuk menikam hidung kita . Cuma kita perlu jaga hidung kita,sekali hidung kita lali dengan bau busuk itu kita sudah tidak mampu untuk menghidu bau busuk bangkai fitnah . Berhati-hati.

     Tapi kali ini saya berterus terang. Saya merasa kurang manis berjuang dan berada dalam PAS. Kenapa? Secara jujur PAS adalah wadah yang terbaik untuk menyuburkan ISLAM di Malaysia melalui politik dan PAS adalah satu-satu nya parti politik Islam yang ada di Tanah air bernama Malaysia. Cukup hebat lagi PAS punyai ramai professional yang bersama platform PAS sehingga ada secara diam-diam atau berterus terang menyokong perjuangan PAS. Pas kian subur . PAS ibarat satu parti melayu ISLAM yang gah dan besar. Usrah nya cukup damai sehingga sewaktu saya bekerja di sebuah syarikat GLC,ramai Ir-Ir,jurutera-jurutera seangkatan dengan saya menyuburkan risalah yang di bawa PAS dan iklim ISLAM terasa nyaman sekali. Tetapi iklim dan suhu itu kian meninggal. Kenapa?

     PAS sekarang tidak lagi PAS dahulu!

     Sewaktu media social menjadi perintis media alternative dalam Negara,PAS dan ahli PR yang lain kehadapan dalam menyampaikan info dan pendapat masing-masing sehingga anak-anak muda yang “gila” internet menjadi abadi dengan PAS dan pembangkang. Info cepat dan orang muda mendahului informasi dengan informasi dari pembangkang sebagai juadah dan menu-menu info dari UMNO tidak laku. Itu PAS dan PR. Hebat mereka ketuai dan cakna dalam teknologi. Tapi,itu ketika itu. Hari ini ahli PAS menggunakan Media Sosial sebagai medium menikam sesame sendiri terutama para ahli yang bergelar sebagai ustaz dan ahli faqih agama. Kenapa? adakah agama membenarkan akhlaq seperti itu? Wajarkan anak muda mencontohi dan meng-idolakan mereka?

     Ahli Agama menjadi IDOLA orang MUDA!

    Ya,ahli agama menjadi ikon anak muda. Video-video para ustaz menjadi view utama rakyat dan anak muda untuk membasahkan akar jiwa dengan ilmu agama . Ahli agama menjadi ikon seperti Almarhun Tuan Guru Nik Aziz ,Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain. Tapi itu dahulu.. Ahli Agama menjadi perintis untuk menyuburkan persilisihan melalui media social sehingga orang “luar” Jemaah melihat adakah ini akhlaq sebenar? Para Ustaz. Walaupun ada ustaz yang berdiam diri tetapi buah yang berulat di buang semuanya…Kalaupun di di kikis buang buah itu sudah tidak cukup sifatnya.

    Mungkin 2015 medan pertembungan atau medan membentuk Jemaah yang kukuh?

   President PAS.

   INi sejarah pertama yang di lakarkan oleh ahli PAS yang mana presiden di cabar lebih dari 2calon. Dan selama 13 tahun pas di tadbir oleh TG Hj Hadi Awang,PAS lesu dan tidak mempu melawan arus kebijaksanaan. Isu UG,Isu HUDUD semua itu isu yang luput. Walaupun saya menyokong hudud 200% tatapi PAS tidak mampu mendepani masalah rakyat sejak muktakhir ini. Presiden PAS tidak popular dan Isu dalam PAS parah bernanah. Cuma ada satu kelompok yang saya secara peribadi amat kagum,iaitu kelompok yang berkecuali. INi yang harus dan wajar.

Semoga PAS mampu meneruskan agenda ummah tanpa mancampur aduk masalah peribadi dalam misi Jemaah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: