Pastinya kejadian pembunuhan ke atas umat Islam di NZ sewaktu solat jumaat satu tragedi yang memilukan seluruh dunia Islam. Apapun asbab dan tujuan pembunuh itu,pasti nya ratapan dan kesedihan ummat bertambah. Bagaimana luka dan kesedihan ummat yang masih belum sembuh apabila ummat islam di rohignya dan Uighur,Xinjing china masih belum ada penamat di tambah pula kezaliman yang berlaku terhadap umat islam di Nz. Pasti nya kesedihan tidak berhenti. Inilah ujian besar umat Islam.

Rapatkan saf dan sebarkan keharmonian

Kita di uji lagi!

Kita (Umat Islam) tidak harus berduka terlalu lama, secara peribadi pembunuhan ini bukan di dalangi atas soal perkauaman mahupun agama. Setiap agama membawa mesej keamanan dan setiap ajaran di lapik soal kemanusiaan. Berbaki sama-ada manusia memahami dari sudut mana. Harus hati di dasari dengan kemanusiaan dan berkehidupan(bermasyarakat).

Nabi s.a.w mengajar kita supaya menyampaikan salam (as-sussalam) . Maka mesej dan wasiat itu harus kita(umat) membawa nya dengan amanah. Sebarkan bahawa Islam adalah agama keamanan dan tidak ada kebencian di dalam nya. Allah mencipta manusia berbeza-beza untuk “lita arraful” -berkenal-kenalan maka harus di sebarkan.

Kita di uji lagi!

Ya kita di uji,tetapi kesabaran itu harus ada. Kita harus pertingkatkan misi dakwah untuk dunia melihat Islam ini agama sempurna. Islam agama yang menyantuni si miskin mahupun si kaya malah agama ini menghormati agama-agama lain. Jangan kita tersilap atur langkah dakwah. Kesan nya amat buruk pada ummat.

Kita di uji lagi!

Tidak kira apa maksud si pembunuh,umat Islam harus berdiri dengan saf yang kuat dan mengikat dengan ikatan akhlaq yang benar. Ambil al-quran dan sebarkan keharmonian di dalam nya kepada alam. Jangan kita jaja soal kekerasan kerna suasana tidak mengizinkan kita untuk mendabik dada mahupun membalas dendam. Kita ummat yang di didik oleh Muhammad yang jelas sebagai manusia hebat seluruh alam.

Keharmonian dalam dakwah harus di tekankan. Jangan kita terpesona dengan ahli politik mahupun pendakwah yang beremosi. Ya,mereka berbicara soal kepentingan Islam tetapi jangan kita tinggalkan “hikmah” yang ada pada ummat Islam.

Bersabar dan bertahanlah. Isi dengan ilmu dan berjalan dengan sebaran dakwah. itu tugas kita yang masih belum selesai. Dakwah Islam bukan dengan mata pedang tetapi dengan kecerdikan dan kehebatan ilmuan Islam. Kita dahulu di hormati atas kehebatan dan kecantikan Islam dan kemudian Islam di hina kerna hikmah tidak lagi menjadi sandaran ummah. Maka hari ini,dan saat ini kembalilah ambil hikmah untuk geliga dakwah dan suluhan di jalan dakwah.

InsyaAllah.

/Shah Alam

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect