Kita tidak punyai

Kita tidak punyai!

Kita hanya lah insan biasa,

Yang tidak punyai,

Kita hanyalah sekelumit dari milik Nya,

Yang tidak punyai,

Kita berkira-kira tentang pahala..Sedangkan,

Kita tidak punya!

     Mengukir senyuman dalam kehidupan ini cukup senang,tetapi untuk mencipta ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa tidak semudah unggkapan. Kita berkira-kira tentang kehidupan,kita menganggap kehidupan ini kekal dan milik kita. Kita berkata-kata bahawa kita akan mati pada sekian-sekian masa. Tetapi itu mustahil kecuali dengan keizinan dari tuhan.

    Kita fikir kita lah tuhan dalam kehidupan kita,kita mengukir untuk melihat ukiran yang di ukir itu indah tetapi sukar,sukar kerana ukiran kehidupan tidak seperti memahat kayu sehingga terlihat kesenian yang tidak siapa faham. cantik hanya di mata sedangkan ia akan mereput dan mereput hancur. Kehidupan berbeza,berbeza kerana ia di ukir oleh tuan Alam iaitu Tuhan (Allah). Kita sangka kita tuhan? Mungkin sementara yang sementara.

    Kita hanyalah manusia yang cuba mencuba. Kita tidak berkuasa untuk berkuasa. Kita hanya kita,kita tidak berpunya.

   Renunglah. Wahai TUhan,terimalah renungan kami kerana kami hanya kami. Kami berkehendak atas kehendak insan dan kami menunduk atas resam insan ciptaan Mu.

Kita tidak berpunya!

Waraqoh Nawfal-18.1.2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: