Jangan lupa fikir untuk ISLAM!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata sewaktu Majlis bersama Selebriti,

Kerja-kerja Islam adalah kerja wajib,bukan kerja pilihan”

Murabbi ummat itu telah pergi selama-lama nya dan hanya kita yang masih hidup ini harus menyambung perjuangan para alim ulama dan pendokong-pendokong Islam. Walaupun Nabi Muhammad saw jauh meninggalkan kita tetapi kalam-kalam hadith(yang sohih) dan al-quran masih kekal di pelihara untuk di jadikan pedoman dalam kehidupan kita. Inilah nikmat yang paling hebat dari Allah swt ke atas kita. Kebelakangan ini para ustaz dan para pejuang dalam jemaah telah sampai kepada satu tahap iaitu tahap “kelam” .

    Pergaduhan dalam jemaah PAS terlalu membinbangkan sehingga bukan lagi samar-samar tetapi jelas lagi terang. Adakah ini petanda Jemaah Islam (PAS) akan rebah menyembah tanah? Jawapan nya,biarkan masa untuk menjawab dan biarkan takdir untuk menentukan tetapi keyakinan kita adalah “teruskan buat kerja Islam” dan biarkan mereka-mereka dengan pergaduhan mereka. Kadang kala rasa benar dalam diri itu bahaya kerana rasa benar kadang kala datang dada yang di pimpin oleh Allah atau di pimpin oleh makhluk yang bernama iblis laknatullah. Wallahu’alam.

     Tulisan saya ini bukan untuk membuka pekung jemaah Islam itu tetapi saya ingin kabarkan akan kerja yang masih belum selelsai. Kerja kita masih tertangguh dan misi untuk ummah masih belum tercapai. Kita kadang kala terleka tetapi pintu taubat masih terbuka dan jalan perjuangan masih kosong untuk di isi. Benarlah sabda rasullullah saw,di akhir zaman kita(umat Islam) akan di timpa “malam yang gelap pekat” iaitu fitnah. Kita tidak sedar kita di pihak mana dan kita lali dengan khayalan nafsu yang menggila. Kita alpa dengan dendangan lagu yang di palu oleh kaum munafiq dan kafir untuk melemahkan saraf-saraf Islam. Di ibarat kita sedang memaku rumah,kita tinggalkan paku dan tukul semata-mata menyalahkan kayu yang keras dan paku yang panjang,sepatutnya kita tidak berhenti memaku dan terus memaku sehingga paku itu terbenam.

     Masa tidak menunggu kita kerana masa di cipta Allah untuk berlalu dan meninggalkan manusia yang khayal. Saya mungkin bukan ulama untuk mencipta tulisan yang bakal di baca oleh sekalian ummah tetapi inilah kerja kecil saya di samping saya berdoa,berusaha dan menyalurkan sedikir tinta untuk Islam. Saya seorang jurutera kecil dan apa yang mampu adalah mendidik orang sekelilling dan mencipta persepsi bahawa Islam itu indah kerana ini salah satu amanah dari Allah atas batang tubuh saya.

     Kerja Islam tidak pernah berhenti dan terhenti kecuali Allah telah meletakan titik noktah di atas hidup kita. Bukan kah Islam itu adalah agama perpaduan? Dan bukankah orang Islam itu bersaudara? . Kerja kita masih belum selesai,berhenti bercakaran sesama sendiri dan perhatikan panji-panji Islam perlu di kibarkan kembali. Hari ini insititusi ulama jatuh kerana wujud nya “geng ustaz” dan terwujud juga istilah baru “geng erdogan” . Perlu kah? Bukan kah Islam itu bersaudara? dan kambalilah bersatu di bawah panji islam. Perbalahan tidak akan berhenti kerana itu sifat manusia . Kita sabar dan ber “puasa” untuk tidak berpuas hati. Kita senantiasa tidak berpuas hati sesama manusia kerana itulah sifat yang tertanam dalam diri kita tetapi Islam dan Iman adalah kunci untuk menjinakkan nafsu liar itu. InsyaAllah. Bahaya fitnah! Kita sedikit alpa terus di makan musuh . Kita harus berwaspada dan kembali kepada Allah dan rasul. Cari titik kefahaman. Ini lah masa nya. -Waraqoh Nawfal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: