Perjuangan yang tidak pernah selesai!

Perjuangan kita belum selesai wahai teman!

    Perjuangan Islam tidak pernah ada titik noktah malah ia terus menerus berjalan sehinggalah jasad kita tidak lagi bersatu dengan roh. Itulah tugas kita sebagai manusia yang bergelar khalifah Allah swt.

    Sehari dua ini keadaan jemaah cukup membimbangkan sehingga perpecahan, keretakan dan kacau bilau cukup ketara. Akhlaq beberapa ahli jemaah (PAS) yang telah di tarbiah sekian lama tidak lagi mampu di tutup sehingga media sosial menjadi gelangang untuk bercakaran sesama sendiri. Inilah kesan apabila hikmah sudah luntur ,mungkin juga kerana kemenangan yang hampir itu menyebabkan sauh sudah di turunkan untuk berhenti dari terus belayar ke destinasi yang semakin hampir. Kapal yang hampir ke daratan jika tidak di urus tadbir dengan baik pasti karam walaupun daratan sedepa untuk berlabuh.

    Sejarah Islam mengajar kita untuk berhenti bermusuhan sesama sendiri. Perang Jamal contohnya, telah mengukir sejarah hitam bagi buku sejarah Islam di mana muawwiyah ra dan siti aisyah ra bercakaran sesama sendiri walaupun kedua-dua nya adalah insan yang banyak berjasa dalam agama dan Nabi saw sendiri. Ulama ada menyebut di atas peristiwa itu yang paling benar adalah yang berdiam diri.

    Islam dan politik sudah pasti tidak dapat di pisahkan dan ulama adalah golongan yang harus kita angkat sebagai satu golongan yang tinggi darajat nya dalam masyarakat kerana ilmu nya . Tetapi ulama itu sendiri perlu berhati-hati dalam menempatkan diri mereka di tempat yang benar(hak) . Ulama harus menjadi payung dan penyatu bagi manusia yang bermusuh bukan menjadi kayu api untuk terus membakar api yang semakin marak dalam jemaah. Ulama harus ada kepintaran nya di saat ini bukan mengikut pandangan si fulan bin fulan. wallahúalam.

   Bagi kita sebagai insan biasa,doakan supaya perjuangan dan jemaah Islam ini di bantu Allah dan di hindari dari fitnah yang tidak mampu kita tangkis. Adab sebagai insan yang cekal dan solid dengan akidah al-quran pasti perlu banyak bersabar kerana kesabaran itu ubat bagi racun yang sedang membarah. Ini akhir zaman,perlu kita ingat kerana penyakit ini pasti datang.

    Pesanan buat teman,kita teruskan dengan kerja-kerja Islam dan teruskan solat dan sabar kerana perjuangan ini tidak boleh berhenti dengan memerhati golongan yang bercakaran. Kita damaikan mereka tetapi jika tidak mampu ,doakan kerana pertolongan sebenar adalah Allah swt. Saya yakin dan percaya,insan yang bercakaran dalam PAS ini adalah insan yang telah di tarbiah dengan ajaran Islam yang solid tetapi mungkin ada sesuatu kesempurnaan yang ingin di capai cuma harus berhati-hati kerana penyakit hati adalah barah bagi manusia. Allah lah tempat kita mengadu.

Tuan Guru Murabbi Ummah telah pergi buat selama-lama nya tetapi perjunagan nya harus kita teruskan. Contoh ulama yang pintar dan licik sehingga mampu mematahkan jarum-jarum kejahatan musuh jemaah. -Saudara Anwar Ibrahim juga telah di masukkan ke penjara dengan fitnah yang cukup mengaibkan diri dan keluarganya. Perjuangan dan semangat kentalnya juga harus kita teruskan untuk ummah yang perlu pembelaan.

    Ingatlah,perjuangan ini bukan perjuangan Dunia . Ini adalah perjuangan akhirat. Tidak dapat tidak kita perlu kembali kepada Allah dan berdoalah supaya kita di bantu dengan di beri firasat yang dapat membezakan hak dan batil,firasat yang di pandu oleh Allah tanpa kita tergelincir sedikit pun. InsyaAllah.

    Kepada mereka(pemimpin) ,ingat lah amanah dari orang tua dan muda dan yang sanggup berhujan panas semata-mata imej Islam yang ingin di daulatkan. Setiap kata-kata yang keluar dari lidah anda(pemimpin) di lapik dengan ayat-ayat Allah ,jangan sampai ayat-ayat Allah swt itu menghina Anda kerana anda telah menodai amanah yang telah di beri demi nafsu dan kedudukan semata-mata. “Wallahua’lam” sekadar ingatan kita kerana menegur pemimpin juga kewajipan kita sebagai insan yang di beri hak sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi Nya ini.

    Kembali kepada Allah kerana dialah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    Ingatlah,kemenangan itu semakin hampir cuma kita di uji kerana kemenangan bukan barang murah!

Tulisan : Waraqoh Nawfal_Shah Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: