Isu K-Pop – Kenapa dengan remaja melayu kita?

Untuk melihat bagaimana bangsa dan negara di masa hadapan maka lihatlah anak muda pada hari ini

Kenapa dengan anak muda bangsa kita?

Mungkin itu pembukaan tulisan dan cetusan idea untuk saya kembali membuka post baru di blog saya ini. Terpandang dan sudah menjadi viral di dalam media sosial akan isu remaja perempuan melayu “Islam” memeluk penyanyi k-pop. Bagi saya ini satu petanda yang amat menyedihkan. Walaupun isu ini di ketengahkan oleh pemain media sosial tetapi harus kita menunding kepada pihak-pihak lain juga seperti jabatan agama,para ulama yang berada dalam jalur jawatan kerajaan dan pemimpin-pemimpin Islam . Bukan untuk menyalahkan tetapi untuk “membahagikan” tanggungjawab kepada setiap orang dari kita termasuklah warga pendidik dan juga ibu bapa penjaga. Bukankah kita ini saling berkait rapat antara satu sama lain?

Sistem Pendidikan Negara,adakah ia berkesan?

Pertama sekali mungkin ramai dari ibu bapa penjaga akan menyerahkan anak tanggungan mereka mungkin 50~70% kepada sistem pendidikan,maksud saya kepada pihak sekolah. Tetapi adakah sistem di sekolah-sekolah di negara kita cukup berkesan untuk mendidik pelajar-pelajar nya?

Persoalan itu subjective untuk di jawab. Kerana ia juga bergantung terus kepada pengajar atau cikgu itu sendiri. Cikgu memainkan peranan yang penting dalam sistem ini. Jika cikgu ke sekolah dengan harapan menghabiskan silubus subject mereka semata-mata dan focus kepada score peperiksaan maka ini adalah salah satu punca. Cikgu di bayar gaji tetapi ada satu lagi fungsi di sebalik bayaran gaji itu adalah fungsi cikgu itu sendiri dalam menyalurkan maklumat dan menegur anak didik mereka.

Betapa penting nya cikgu dalam kehidupan pelajar dengan beberapa contoh yang terjadi sewaktu saya menjadi tutor dan pensyarah di IPT.

Contoh pertama : CEO di kolej saya mengajar (sewaktu saya menjadi tutor) di memberitahu sejarah yang anak nya tahu itu salah kerana apa yang CEO saya tahu dan buku ceritakan berbeza dengan apa yang anak nya terangkan. Tetapi anak nya tetap bertegas kerana alasan nya “Cikgu yang beritahu,mestilah betul” .

Contoh Kedua  : Sewaktu saya menjadi pensyarah jemputan di sebuah universiti,saya mengajar dan menerangkan teori yang salah ( tersilap kiraan) . Tetapi pelajar tetap berpegang dengan teori saya sehingga saya membetulkan dan memohon maaf.. Pelajar saya tahu tetapi dia lebih yakin dengna teori saya.

Dua contoh di atas jelas menunjuk kan bahawa individu berstatus pengajar atau guru itu menjadi ikon kepada mereka. Rumusan nya cukup mudah, jika ikon itu positive maka positive lah pelajar dan sebaliknya .

Cikgu dahulu mereka mengajar bukan sahaja dari sekolah tetapi di rumah juga mereka membuka pintu untuk anak didik mereka datang belajar. Berbeza dengan cikgu hari ini,di sekolah mengajar dan jika mereka perlukan additional class maka cikgu itu mengenakan bayaran dengan di gelar tuisen. Ini perbezaan. Saya bukan memburukan intitusi dan title guru kerana isteri saya juga seorang penjagar tetapi saya ini melihat dari sudut pandang saya . Ini hanya teguran.

Masyarakat yang tidak cakna?

Apabila satu buku tulisan Dr Yusoff Al Qardawi (tajuk saya lupa) berbicara soal ketamadunan,beliau dengan jelas menyatakan bahawa manusia moden bangun tido terus menyembah bank,pusat kekwangan sehingga mereka lupa akan manusia lain dalam kehidupan.

Prof Reanant Deupond dalam buku So Human An Animal menyatakan manusia barat hidup seakan binatang.

Apa maknakah itu?

Ber erti masyarakat kita lebih cenderung soal kehidupan diri sendiri dari mendalami dan membina masyarakat yang berpelbagai. Berpelbagai dari segi budaya,agama politik (yang jujur dan bertoleransi ) . Ini semua unsur-unsur yang manusia moden sudah tidak ada sebab itulah kesempurnaan remaja moden sudah luntur. Mereka sanggup mengetepikan hak masyarakat lain untuk menegur demi kepentingan mereka. Mereka lebih memperjudikan tubuh badan dan maruah mereka dari menjaga dan memakmurkan jati diri mereka. Itulah kelemahan yang harus di tanggung oleh semua.

Manusia moden sudah luntur prinsip sebab itulah apabila manusia yang berprinsip di anggap sonsang dan menjengkilkan. Tetapi prinsip itu dapat memakmurkan jiti diri dan maruah seseorang.

Agama!

Ini adalah unsur yang paling penting iaitu agama. Sudah pasti remaja yang di viralkan akan soal berpelukan dengan artis k-pop itu bertudung dan melayu maka jelaslah syarat islam nya sudah di penuhi secara lahiriah. Tetapi kenapa ia masih terjadi jika ia sudah beragama?

Jawapan nya mudah. Agama seperti angin dan belon. JIka belon tidak di tiup untuk membesarkan dan memenuhi sifat belon  itu maka ia jelas hanya belon dan tidak sesempurna ciptaannya. Jika ia di isi maka jelas ia sudah berfungsi sebagai belon yang penuh dengan ciri-ciri ciptaan nya. itu analogi dari saya….

Ahli agama juga harus berfungsi sebagai ahli agama. Sebab itulah ahli agama tidak harus mencipta wang dengan status mereka tetapi mencipta perubahan untuk hak mutlak umat. NGO-NGO Islam bercambah dan hebat tetapi mereka tidak mampu untuk merubah ummat. Ummat dahagakan ilmu dan kecerdikan para dai’e dan NGO ini.

Oleh itu,saya mungkin tidak selengkap penganalisa lain. Saya hanya manusia biasa yang mampu melihat dan menulis untuk umat dan dakwah . harus kita ingat,agama bukan milik para ustaz atau ulama tetapi agama berfungsi untuk menyelesaikan masalah malah mambantu ummat dari di belenggu ke jahilan.

“Beri aku 1.000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda niscaya akan kuguncangkan dunia” _Bung karno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: