Kekalahan PAS adalah teguran!

Kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubur adalah satu teguran rakyat terhadapa Parti yang berlabel Islam itu. Sudah pasti PAS sudah lali dengan kekalahan tetapi zaman ini adalah zaman kebangkitan rakyat,zaman yang mana pengundi sudah tidak lagi “makan” berita-berita media arus perdana. Facebook,twitter,blog-blog malah whatapss menjadi media baru alaf ini.

Tetapi PAS kalah! Kenapa?

Mungkin ramai yang yakin apabila PRK Pengkalan Kubur akan menjadi milik PAS kali ini tetapi saya dari awal sudah meletakkan jangkaan solid iaitu PAS akan kalah teruk. Kenapa?

Analisa pertama : Isu Menteri Besar Selangor.

Isu Menteri besar selangor mengheret kewibawaan Pemimpin PAS dari Presiden,dewan ulama’ ,pemuda dan ahli bawahan ke satu bentuk ujian dalam perlaksanaan perkongsian kuasa dan sejauh mana sikap setiakawan PAS dalam Pakatan tiga parti ini.

Lebih buruk pemimpin PAS bersikap dan mengeluarkan kenyataan tidak popular dan merencatkan lagi permaufakatan dalam PR di samping kenyataan dari sekelompok golongan yang di labelkan “geng ustaz” langsung tidak mengambarkan PAS adalah parti dominan dalam memperjuangkan keharmonian dan keadilan. Suara inilah yang menyonsangkan lagi struktur binaan PR yang di bina bertahun lama nya.

Analisa Kedua : Isu PAS ingin bersama UMNO

Ini lebih malang bagi PAS dan Pakatan Rakyat. Saya yakin jika di kumpul survey terbaru sokongan rakyat terhadapat PR dalam PRU13 lepas pasti peratusannya turun lebih teruk. Isu whataps / printscreen oleh ajk PAS Pusat yang mana menunjukkan analisa nya untuk bekerjasama dengan UMNO.

Isu print screen ini lebih memenatkan lagi PAS. Saya yakin PAS pasti tidak lagi mendapat sokongan yang solid dari anak muda yang dahagakan perubahan. Momentum perubahan rakyat terus bergerak tetapi daya nya terencat ketika adanya isu Ajk PAS berbincang untuk bersatu dengan Parti yang rakyat dan anak muda muak dan mahu di nyah dari tampuk pemerintahan. Inilah satu isu yang paling memeritkan bagi pencinta parti Islam ini baik dari luar atau dalam.

Analisa Ketiga : Isu pemimpin PAS Kelantan.

Bagi orang luar dari kelantan pasti isu ini tidak terkesan kepada mereka selagi PAS masih memerintah (bagi penyokong PR) tetapi bagi anak kelantan isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sikap pengundi itu sediri terutama pengundi luar yang balik untuk mengundi. Perlu di fahami pengundi luar adalah terdiri dari anak muda,orang yang bekerja di bandar-bandar besar,pekerja industri,pelajar universiti dan penghuni bandaraya-bandaraya besar.

Kelompok pengundi luar pasti merasa bagaimana keperitan menjadi warga kota maka sudah pasti kelompok ini mahukan perubahan di negeri kelahiran mereka sendiri. Di samping anak-anak kelantan yang bekerjaya,taraf pendidikan yang tinggi dan punyai pandangan yang agak moden pasti melihat isu kepimpinan yang pasif di kelantan mendorong sokongan mereka kepada PAS menurun.

Isu penyingkiran Dato Husam Musa bukanlah isu kecil. Seorang pemimpin kanan di era Dato Nik Abdul Aziz (Tok Guru) yang punyai ketajaman dalam menjana ekonomi negeri walaupun keadaan yang di ikat ketat ekonomi kelantan. Susuk yang bernama Husam Musa ini jugalah yang mengajar rakyat kelantan apa itu royalti,minyak dan hasil bumi yang tersimpan di perut bumi kelantan. Inilah isu yang di bawa oleh pemimpin era tok guru. Hebat.

Tapi era kepimpinan MB baru ini lesu. Tiada struktur ekonomi solid dan kreatif yang di bawa oleh kepimpinan baru kelantan.

Hari ini bukan lagi pahala dan dosa untuk di gantung jual. Ini zaman baru,zaman yang mana Masjid sudah menggunakan screen projector untuk memaparkan slide sewaktu syarahan. Ini zaman orang sudah membuka kitab mana hadith yang sahih atau tidak,ini juga zaman orang melihat bagaimana anak cucu mereka di besarkan. Zaman ini adalah zaman orang ke bulan dengan roket bukan dengan angan-angan. Zaman ilmu,zaman kreatif dan zaman inovatif. Begitu jugalah dengan politik,politik perlukan seorang yang kreatif untuk di pacu bukan dengan berbekalkan pahala atau dosa,kupiah atau songkok,cina atau melayu.

Di harapkan,tulisan kerdil saya ini dapat mambantu perjuangan parti yang masih ketandusan pelajaran. Kita menyimpan rapi buku sejarah dan diari perjuangan parti dan islam tetapi kita lupa untuk mengira-gira bagaimana sifir dan formulanya untuk mendapat jawapan yang persis solid. Itu sebab lah kupiah dan serban bukan syarat untuk kita berjaya dalam membawa parti Islam maju tetapi ilmu. Ilmu bukan di perolehi dengan membuka lambaran kitab baru tetapi kita yang harus menjana kitab-kitab baru beralaskan kitab-kitab lama sebagai sumber dan rujukan termasuk pedoman.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: