Tekanan keatas pejuang Islam

Dr syeikh Hassan al Turabi dan Dr Mursi berbincang tentang Islam di Sudan sewaktu Dr Mursi menjadi Presiden Mesir.

       Sosok insan berkulit hitam yg Kerap dirinya di humban ke dalam penjara gelap tidak manusia ini gentar dengan namanya kezaliman dan golongan mustaqbirin.Inilah Dr Hassan al turabi tokoh yang amat disayangi dan di hormati oleh pimpinan ikhwan kerana keberanian beliau istiqoman membawa syiar islam di bumi Sudan sehingga islam diberi kepercayaan di sana.  

   Inilah kesan dakwah rasullulah saw ke atas sahabat dan pengikut baginda walaupun zaman itu sudah jauh meninggalkan kita tetapi dakwah rasullulah merentasi zaman dan masa. Kita mengenal Islam hasil dari suntikan semangat ke atas diri ummat oleh murabbi-murabbi yang kental di jalan dakwah baik di eropah seperti Malcon-x yang berjaya menyatukan manusia tanpa membezakan ras dan kulit,di nusantara juga tidak ketinggalan dengan lahirnya ramai tokoh-tokoh murabbi Islam yang akhirnya syahid di jalan Islam. Mereka di tekan,di tindas malah di perah emosi mereka dengan pelbagai tekanan baik dari sudut ekonomi termasuk menahan mereka dalam ISA yang cukup zalim dari sudut hak kemanusiaan.

Sekarang, saya berjuang untuk hidup sebagai seorang Muslim Sunni sejati. Saya harus mengulangi bahwa saya bukan seorang rasis dan bukan pula seorang yang menganut prinsip rasisme. Saya nyatakan dengan ketulusan hati bahwa saya tidak berharap apa-apa kecuali kebebasan, keadilan dan persamaan, kehidupan, kemerdekaan serta kebahagiaan untuk semua orang_ Al-Hajj, Malik al-Shabazz (Malcolm X) -Sumber Islam Online

Inilah kesan ke atas pejuang Islam,di tekan lumat sehingga para dai’e itu sendiri berhenti dari berbicara soal Islam (keadilan,kesaksamaan bangsa,amanah) . Kesan nya,negara Umat islam yang menuju kepada Islam yang hak di pijak lumat tanpa hak kemanusiaan. Dunia berhenti dari berbicara soal keadilan, Eropah menjadi bisu,tuli dari melihat dunia Islam di perlakukan dengan cara yang cukup zalim. Saya hanya imbas satu kesan yang amat terkesan kedalam sejarah islam iaitu di algeria selepas jatuhnya kerajaan utmaniah turki pada abad ke 19,kesan keatas negara itu cukup zalim. Kita bangkit untuk merdeka tatapi eropah membalas dengan darah umat Islam mengalir di celah-celah tanah dan batu di bumi algeria sendiri. Saat moden ini,gerakan Islam di algeria walaupun menang mengikut demokrasi tetapi Dr.Abbas Madani di nafikan hak kemenangan malah di zalimi dengan memenjarakan beliau.

 

Umat Islam Algeria yang menentang pendudukan Perancis telah dihapuskan dengan menggunakan kereta kebal, senapang dan penderaan. Perjuangan menuntut kemerdekaan selama 7 setengah tahun daripada kolonial Perancis telah meninggalkan sebuah tragedi berdarah: Askar-askar Perancis telah membunuh 1.5 juta rakyat Algeria yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Selepas kemerdekaan, kerajaan Algeria berdiri setelah Perancis pergi.

Dr.Abbas Madani pemimpin Gerakan Islam Algeria (FIS) di penjara dan di nafikan hak kemenangan selepas FIS berjaya di pilih rakyat dalam Pilihanraya UMUM Algeria

        Walaubagaimana pun kita di nafikan hak,kita harus yakin dengan janji Allah swt di dalam kitab Al-Quran untuk kita mengalas janji-janji dan ayat-ayat Allah swt itu sebagai benteng kelemahan ,kelesuan malah putus asa. Umat Islam harus yakin akan asas itu kerana sejarah dunia telah mengajar kita akan “Janji-Janji Allah swt ” itu. Nabi Muhammad saw berdakwah dalam masa yang amat lama tetapi hasilnya bukan sahaja kemengan Islam tetapi lahirnya rijal-rijal/pemuda-pemuda Islam yang kental,alim,amanah dan hebat peribadi mereka sehingga di buku kan sifat dan peribadi sahabat-sahabat asuhan rasullulah saw itu. Maka jangan kita berduka cita. Percayalah dengan janji Allah swt.

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya” _As-Shaaf:9

…Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman”. _Ar-Ruum:47

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang kafir membencinya”. _As-Shaaf:8

..kita kena ingat itu rencana mereka,saya jangka mungkin di penjara lebih 5tahun..” _Di Kediaman DSAI Bukit Segambut 25April 2014

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: