Akhirnya manusia akan kembali kepada tuhan

Menulis dari anjung pentas dunia.

   Amatlah menyedihkan apabila saya memerhati golongan muda sudah mula melihat agama satu kongkongan besar dalam kehidupan mereka malah posting-posting fb dan twitter mereka mengambarkan Tuhan hanya wujud tetapi kewujudan dan plot-plot kehidupan manusia hanya di lakar dan di gerakkan dengan kudrat manusia semata-mata bukan Tuhan yang berkuasa. Itulah hakikat nya,semakin berkembang teknologi dan kehadapan manusia dari segi perkembangan Ilmu semakin terbuka dan rakus manusia mencipta teori tanpa beralaskan sesuatu yang harus di sandarkan iaitu Al-Quran. Sudah pasti masyarakat barat juga mengalami masalah ini iaitu manusia lupakan tuhan malah lebih parah manusia sudah tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam kehidupan.

     Saya meneliti satu persatu para aktivis politik dan sosial yang sedang rancak malah cukup pro-aktif tetapi pandangan-pandangan mereka amat tidak boleh di terima akal. Saya seorang jurutera,punyai ijazah dan Master dalam bidang kejuruteraan tetapi makin tinggi saya memiliki sumber ilmu makin saya merasa kita harus kembali kepada tuhan. Bidang apa pun dalam dunia ini termasuk soal politik dan sosial kita harus ada satu ilmu iaitu ilmu ketuhanan. Betul,tidak saya nafikan mereka terbuka dan tidak mempercayai sumber agama kerana ahli agama sendiri bertelingkah dalam beberapa bab furu’ (cabang) yang memperlihatkan oleh umum bahawa agama ini satu cabang yang sempit,pergaduhan malah terikat. Di situ kita harus ada kebijaksanaan dalam mencari jawapan. Jawapan bukan lahir dari memerhati sahaja tetapi jawapan kehidupan harus ada kajian. Ayat Al-Quran juga harus di tafsir oleh pentafsir yang punyai amanah dalam bab ilmu dan harus kita ber-guru dengan mereka sebelum kita mulakan teori baru atau persepsi pada agama,ahli agama malah kepada tuhan.

      Boleh saya katakan setiap teori-teori sosialist akan luput,mati malah tidak bernilai kerana jawapan yang sebenar adalah agama. Agama adalah jawapan nya dan Allah adalah paksi pada setiap teori dan persepsi dalam dunia hari ini. Jika paksi itu selain dari Allah,saya yakin ia akan luput dan obsolete pada bila-bila masa sahaja.

       Pergaduhan dalam agama bukanlah perkara baru malah agama krisitian juga terpecah kepada beberapa mazhab atau aliran. Gereja mereka juga di bahagi-bahagikan kepada geraka mengikut taraf dan keturunan(bangsa) . kerana apa? Kerana apabila agama yang tidak berpaksi kepada Allah pasti ia akan berkeceramuk. Kitab-kitab mereka di tambah tolak untuk kesesuaian masa dan zaman tetapi Islam tidak sebegitu. Islam punyai Al-Quran yang di jaga nilai dan unsur malah kandungan nya tidak pernah di sembunyikan malah di muzium kan untuk tatapan setiap manusia kerana umat Islam yakin dan percaya kitab al-quran punyai kebenaran dan kebenaran harus di pelihara tanpa campur aduk dari nilai logik akal manusia. Tetapi kenapa Umat Islam dan ahli agama masih berselisih pendapat? …. Jawapan saya,kita punyai pendapat yang berbeza tapi pendapat boleh di perdebatkan jangan sehingga tunjang agama di persoalkan. Apa itu tunjang agama? Al-Quran dan Sunnah (yang sahih) . Selagi Al-Quran di terima pakai dan Sunnah yang sohih di jadikan hujjah dan amalan maka harus kita raikan setiap pandangan yang berbeza malah kita harus bangunkan pandangan-pandangan itu untuk mencapai satu konlusi ilmu yang hebat dalam agama.

      Dr. Mustafa Mahmud di dalam bukunya Dialog Muslim-Atheist (1981 Penerbitan Nasional), menyenaraikan beberapa bentuk persoalan yang sering dikemukakan dan dianggap tidak mampu dijawab oleh mana-mana Muslim, sekalipun yang berpegang teguh kepada gaya hidup Islam. Iaitu siapakah yang mencipta Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini?

     Dalam soal ini kita sebagai manusia Islam perlu kembali kepada Al-Quran kerana di situ ada hujjah nya. Rujuklah pelbagai pandangan,kitab-kitab dan teori-teori untuk merungkai dan mencari setiap tanda tanya dalam kehidupan. Jika itu menjadi amalan kita pasti kita tidak menjadi manusia yang hanya menggunakan ainul yakin semata-mata.

      Soal pengansingan agama dan kehidupan ini berpunca dari pemimpin negara itu sendiri. Faktor ini di kira besar oleh saya kerana bagaimana cara pemimpin berfikir begitu jugalah rakyat yang berada di bawah bermula untuk memikirkan apa yang di fikirkan pemimpin di atas. Harus kita berhati-hati dalam soal ini.

      Oleh itu, jawapan saya ialah Al-Quran dan Sunnah. Itulah jawapan konkrit yang boleh saya letakkan di sini. Sejauh mana kita berfikir dan berteori maka teori al-quran juga pasti persis dan lengkap. Tidak ada keraguan di dalam nya bagi manusia yang berfikir dan mengkaji.
     

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: