SOLIDARITI KHAS BUAT MURSYIDUL AM IKHWAN MUSLIMIN

Beliau seorang yang amat tawadhu’ dan memiliki kesabaran yang tinggi. Sosok tubuh yang sentiasa ceria dan suka memberi nasihat menjadi sifat kelaziman dirinya. Sayyidah Zainab Al-Ghazali pernah menceritakan tentang kehebatan sosok tubuh ini ketika masih berumur dalam lingkungan 20an katanya ” pegawai-pegawai penjara telah membawa pemuda tersebut dipintu sel penjaraku lalu mengarahnya secara keras agar mencela dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapku. Lalu pemuda tersebut berkata: aku tidak akan caci maki dan hina orang yang pernah mengajarku Al-Quran dan menjaga hafazanku. Pemuda itu diseksa dan disebat hampir seribu sebatan namun dihadapinya dengan tabah. Aku tidak sanggup melihatnya begitu dan mengharapkan pemuda tersebut mula mencaci serta menghinaku namun dia tetap berdiam diri dan menghadapi seksaan dengan sabar. Pemuda itu tidak lain tidak bukan ialah Dr Mohamed Badie.”

Beliau adalah ‘Rijaalun Shadaqu’ yang dinyatakan dalam Al-Quran. Semoga Allah meramaikan generasi ini diatas muka bumi yang masih dijajah jahiliah. Hilang seorang daripada mereka akan diganti semula oleh seratus yang lain.

اللهم اجعلنا منهم

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: