Pujian kepada Ujian,Musibah di penghujung dunia.

Salam Ahad,

   MH370 masih floating dan menjadi tanda tanya kepada setiap akal ummat moden hari ini. Saya tidak ketinggalan menjadi salah seorang yang secara tidak langsung menganalisa dan berbincang secara teori dan teknikal dengan rakan-rakan pensyarah sefakulti. Kepakaran kita mungkin terhad tetapi segala teknologi kita masih kebelakang dari segala teori-teori hebat manusia moden hari ini.

    Saya tidak berminat untuk plot-plot kan hypothesis berkaitan MH370 tetapi saya inginkan kita melihat secara realiti dunia hari ini betapa lemah nya kita dalam menyelesaikan setiap permasalahan dan kesulitan  yang mana setiap dari kita cukup bermegah dengan teknologi hari ini. Teknologi yang berfungsi sebagai teman,sahabat malah tidak keterlaluan saya katakan ia seakan menjadi tuhan kepada manusia. Tetapi teknologi itu langsung tidak membantu. (walaupun ada yang menyatakan konspirasi,harus kita tolak sejenak teori itu).

  Dengan Pelbagai teori-teori yang timbul malah ada yang mengatakan MH370 adalah perintis kepada perang dunia ke 3 dan alaf baru saya menangkis teori itu kerana teori-teori yang berupa masalah seperti itu tidak lain hanya teori yang datang dari ilusi manusia malah boleh saya katakan ia adalah salah satu kreativiti manusia mencipta teori. Teori hanya teori tetapi kita harus kembali kepada Haq iaitu al-quranul karim. Di situ adanya jawapan.

    Kita semua harus kembali kepada Allah dengan sebenar-benar harapan dan doa. Yang harus mengetuai adalah pemimpin bukan sahaja di kalangan menteri dan ahli politik tetapi raja yang masih bertakhta harus berdepan dan kehadapan. Ketuai solat-solat hajat dan solat taubat kerana di situ ada kunci yang menjadi tanda soal kepada setiap rahsia ilahi. Kita mungkin berkonspirasi tetapi jangan lupa Allah swt itu mampu untuk membantutkan setiap perjalanan kehidupan dunia. Allah itu punyai kuasa. Rujuk dan fahami Ayat Kursi,fahami dan halusi makna di sebalik ayat Allah swt itu. Lupakan setiap pujian kerana P-UJIAN sudah menjadi UJIAN yang pasti perit untuk kita semua harungi sedikit masa lagi kerana kita pasti di duga dengan ujian yang entah apa lagi hasil dari tangan-tangan kotor kita mentadbir malah mentafsir kehidupan. Kita berlagak menjadi TUHAN dengan berkuasa menghukum. Allahuakahbar. Ayuh bertaubat teman.

   Saya bukan ahli agama. Saya seorang jurutera malah pensyarah sambilan yang hanya bekerja dan mengajar ilmu yang hanya saya sendiri kuatir dan sangsi dengan ilmu yang saya terangkan. Hanya ilmu Al-Quran dapat merungkaikan setiap nada keruan dan kesangsian saya sebagai insan kerdil. Saya tidak berani untuk menulis soal teori-teori yang mungkin logik di mata saya tetapi di luar kota pemikiran kerana saya seorang jurutera,saya sentiasa sangsi dan berjaga-jaga dengan teori-teori tertentu kerana dalam pengalaman saya teori selalunya tidak setepat (accurate) apa yang sebenar(Actual) . Selalunya teori itu walaupun ada yang seakan-akan tepat ada juga yang terpesong,salah malah teori itu senantisa di perbaharui dengan penemuan-penemuan terbaru hasil uji kaji dan implimentasi dari teori-teori tersebut.

    Jadi ayuh lah teman. Sujud kepada Allah dan bertaubat dari dosa kita. Pemimpin juga harus memulakan sebelum musibah yang entah apa bakal kita tempuhi lagi. Rahmat Allah itu luas tetapi Allah juga murka jika hamba nya lupa akan siapa Allah dan siapa kita. Kita harus meluangkan masa plot kronologi yang berlaku sebelum kita di timpa bala-bala ini. Kita menghina malah mengaibkan individu tertentu dengan tuduhan yang langsung tidak berasas sehingga kita berlagak seperti tuhan. Kita mengetepikan kuasa Allah demi kuasa politik. Fikirkan punca nya… sama-sama kita renung untuk kebaikan bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: