Belajarlah untuk rendahkan hati mu

Salam Jumaat penghulu segala hari dan Salam Berjihad baik jihad dalam diri atau jihad dalam kehidupan terutama dalam beragama.

  Belajarlah untuk merendahkan diri kerana sepanjang kehidupan kita di penuhi dengan kehendak nafsu dan syaitan. Pasti sedikit sebanyak kita akan merasa riak,sombong malah lupa diri . Sebab itulah Islam mengajar manusia dan ummat nya merendah diri dan hati kerana di situ ada kunci kepada kesempurnaan dan kebahagiaan.

  Belajar dari Al-Marhum Syeikh Sya’rawi.  Semasa mengajar, orang ramai berkerumun di keliling syaikh Sya’rawi untuk mendengar syarahan syaikh. Selepas mengajar, syaikh menaiki kereta dan pemandu memandu terus ke rumah beliau. Di tengah jalan, terdapat sebuah masjid. Dengan segera, syaikh menyuruh pemandunya berhenti. Pemandu memberitahu syaikh bahawa belum masuk waktu solat lagi, tetapi Syaikh maklumkan bahawa beliau mahu ke tandas. Disebabkan terlalu lama di tandas, menjadikan pemandu mencari syaikh di sana. Didapati syaikh sedang mencuci tandas.Ditanya, mengapa dia melakukan perbuatan tersebut. Syaikh menjawab bahawa semasa dia mengajar di kelilingi ramai pendengar, timbul perasaan besar diri dalam hati. Jadi beliau mencuci tandas agar perasaan besar diri itu boleh terhakis. 

   Belajarlah dari kehidupan Ulama’ kerana di situ adanya kehidupan rasul-rasul Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: