Anwar dan Kajang : Fenomena baru 2014

PRK Kajang.

     Boleh saya katakan Pilihan Raya kecil kajang adalah fenomena? Secara peribadi saya katakan Iya,ia satu fenomena baru 2014. Fenomena yang mengegarkan UMNO-BN termasuk mengegarkan PAS terutama ahli dari akar umbi walaupun pemimpin telah mengeluarkan suara rasmi mereka menyokong DSAI dalam DUN Kajang ini. Masalah tetap masalah,kita harus selesaikan nya!

KESUKARAN.

    Boleh juga saya katakan DSAI mungkin mengalami sedikit kesukaran dalam PRK ini kerana ada sesetangah ahli PAS seumpama memboikot PRK ini. Dalam politik ianya berbeza,yang berjubah dan berkupiah kadang kala tempang cara keputusan nya kerana sikap sombong dan merasa ia benar. Itulah racun bagi setiap pendakwah walaupun tidak semua berpenyakit tetapi secara peribadi saya melihat ini penyakit bagi sesetengah da’ie hari ini. Kita perlu berubah.

    ISLAM tetap Suci dan ramai pendakwah berhikmah dalam sudut ini. Yang mengotorinya adalah segelintir sahaja tetapi kesan kotor itu pasti nampak walaupun sedikit. Kita doakan!

    Dalam politik,kita harus terbuka begitu juga berdakwah. Kita perlu sedar zaman ini bukan zaman melayu berkaki ayam,bersampan untuk mencari sumber makanan dan bukan zaman manusia mengikat surat di kaki merpati tetapi ini zaman manusia berjalan ke seluruh dunia hanya dengan duduk di kerusi dan membuka komputer. Ini zaman gajet,ini zaman wi-fi,ini juga zaman what apps. Jangan kita menutup pintu untuk Islam menyelinap di sudut-sudut yang sukar itu. Harus!

DSAI PASTI MENANG!

    Mungkin boleh di simpulkan PRK Kajang ini mungkin laluan mudah untuk DSAI menang walaupun ada yang katakan BN pasti lakukan sesuatu untuk mengecilkan jumlah undi dengan sebaran pelbagai propaganda dan fitnah. Harusnya kita perlu juga berdoa supaya UMNO BN mengamalkan politik bersih dan terhormat.

  Tugas DSAI pasti berat di selangor khasnya dan UMUMnya di Malaysia untuk memastikan Parti Keadilan seiring dengan rakan-rakan Parti Komponen yang lain. Parti Keadilan masih baru dan muda dalam menempuh mehnah dalam perjuangan kesetiaan dan kejujuran terutama di luar parti atau di dalam parti itu sendiri. Saki baki perangai UMNO harus di kikis keluar dari budaya PKR itu sendiri barulah jati diri sebuah parti keadilan itu terserlah. In sha Allah.

Kesimpulan

   Pilihanraya kecil ini adalah permulaan baru 2014 untuk lakukan perubahan. Maka PAS,DAP dan PKR harus bersatu hati dan bergabung untuk mencapai satu kejayaan yang solid. Perlu ingat,kita masih belum berjaya untuk sampai di putrajaya maka tolong rendahkan hati,ikhlas dan segar dan jelaskan matlamat politik untuk rakyat bukan untuk kedudukan kupiah,songkok mahupun kot,dan tali leher masing-masing. Belajar dari kesilapan PAS di Kedah. Ini harus kita terbuka dan membaiki. Jika kita nafikan maka tidak kemana parti. Parti yang baik pasti sentiasa membuka pintu untuk di kritik dan sentiasa bersedia untuk di perbaiki.

   PRU14 kelak adalah PRU untuk rakyat. Jika PR tidak mampu mendepani politik baru dan politik adil maka rakyat harus kembali kepada sistem satu parti . Bersyarat UMNO BN perlu berubah,mungkin tidak mungkin juga Ya. Tapi kita ketandusan jalan untuk melihat Malaysia keluar dari sistem yang masih “tidak tentu hala” .

   PRU 14 ini adalah PRU yang mungkin paling bersejarah. UMNO BN pasti tidak akan berdiam diri untuk melepaskan Putrajaya begitu sahaja. Maka kerja keras itu untuk menafikan “kejahatan” UBN itu harus bermula dari sekarang. Saya kata-kan PRU 14 ini mungkin rakyat akan kembali kepada UMNO BN semula jika UMNO dan BN sanggup melakukan reformasi secara besar-besaran. Tapi itu “sukar” dan “tidak mungkin”. Maka PR harus berhati-hati,jangan berpecah dan belajar dari kesilapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: