31 Dec 2013 : Adakah tarikh keramat?

Assalamualaikum dan Selamat melangkah tahun baru 2014. Tahun 2014 yang masih subjektif dan tahun yang penuh dengan liku baik soal kehidupan yang mendatang ataupun soal politik yang tidak dapat tidak kita pasti terkena tempis haba politik itu.

      Tarikh 31 Dec 13 dan ambang tahun baru menjadi topik bualan di media arus perdana mahupun media sosial. Topik yang memperlihatkan negara kita ada haba dari dalam,ada komplot dalam gelap dan ada hirisan dari golongan tertentu untuk menyatakan soal peritnya hidup ketika ini. Suara perit itu adalah suara marhean,suara rakyat kecil yang tidak punyai project juta-juta dan jawatan besar-besar tetapi rakyat yang hanya menghirup udara aman tetapi di cabuli soal hak sebagai rakyat yang membayar cukai.

         Parah Luka GST masih terasa kini harga barang-barang keperluan pula menjadi barah dalam komoniti rakyat marhean. Barah yang pasti akan serang bila-bila masa,kesan nya Jika tidak rakyat mati kerajaan yang memerintah mati. Itu teori kecil tetapi teori besar nya Kerajaan bakal di gulingkan sama ada secara tidak beradab atau secara beradab iaitu PRU14 nanti.

          Saya melihat dari dua sudut pandangan di sini. Pertama Kerajaan kita terpaksa mengadakan ini dan itu kerana ini memang kesan ekonomi dunia yang lembab,basah,kuyup. Kedua Kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan asas kerana tekanan dari sumber kekwangan negara yang mengengkang ketika ini kerana pembaziran,ketirisan,beborosan yang melampau. Inilah kesan nya dan yang menanggung ialah rakyat marhean. Tahniah kerajaan!

          Tetapi apa-apa pun kerajaan hebat mana pun tidak akan kekal memerintah. Sejarah membuktikan kerajaan agung uthmaniah  yang berkuasa lebih enam abad tetapi hancur dan jatuh kesan dari perang dunia pertama. Begitu juga kerajaan mongul yang berjaya di kalahkan oleh Nadir Shah yang mengetuai tentera Parsi. INi bukti yang harus di jadikan pengajaran. “Yang ada pasti tiada dan yang tiada pasti ada”.

         Saya doakan 2014 ini adalah tahun yang indah buat kita baik sebagai di’e dan juga rakyat marhean. Kita inginkan suasana aman dalam kehidupan dan politik tetapi itu semua subjektif. Hanya doa kita harapkan. In sha Allah..

————Selamat Tahun Baru 2014—————————-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: