Tahniah kepada 3Naib Presiden UMNO

Alhamdulilh syukur pada Allah swt,

     Saya sempat hadir sebagai pemerhati melihat perjalanan pemilihan UMNO dan alhamdulilh malam ini di umumkan secara tidak rasmi 3nama yang saya sudah jangka nama-nama ini akan terus kekal sebagai naib presiden UMNO. Tahniah dari kami meja webblog Insan Kerdil.  Dan saya ucapkan tahniah juga kepada 3nama yang kalah termasuk pemimpin era-baru dalam UMNO iaitu Mukriz Mahathir walapun kalah tipis tapi tahun depan masih ada dan perubahan itu tidak berlaku hanya melalui medium tertinggi tetapi dari akar dan dari dasar.

    3 Nama besar yang menang harus di ingat jawatan itu bukan hanya jawatan tetapi tanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dasar parti,kebajikan parti untuk rakyat dan keperluan rakyat melalui parti. UMNO hari ini tidak seperti UMNO 10tahun lepas. UMNO di zaman Tun Abdullah Badawi dapat mencapai kemenangan paling besar dalam sejarah pilihanraya dan akhir pemerintahan Tun Abdullah (Pak Lah) jugalah UMNO dan BN di nafikan 2/3 kerusi di parlimen atas sentimen rakyat dan aura angin perubahan yang di bawa oleh DS Anwar Ibrahim.

    Saya tampil untuk menulis malah memerhati UMNO dari dekat kerana ingin melihat sejauh mana parti ini ingin lakukan perubahan demi mendepani PRU ke 14 malah untuk suvival parti Melayu itu di sendiri di era rakyat sudah menolak UMNO dan BN dan di era pemimpin kerajaan yang kosong dari agenda-agenda baru untuk negara dan rakyat.

    Saya pernah bentangkan teori kecil saya yang mana ISLAM akan bangkit bukan melalui PAS tapi melalui Parti Lain,mungkin juga NGO dan mungkin juga bangkit atas kesedaran rakyat sendiri atas faktor sentimen-sentimen tertentu. Teori saya membuat penyokong PAS dan beberapa individu islamis berasa gusar kerana mereka percaya Islam hanya melalui PAS kerana PAS satu-satu parti Islam di Malaysia. Hujah harus di lawan dengan hujah baru teori itu lawas untuk di tulis malah di gaul dalam sejarah mendatang,ia UMNO parti melayu dan PAS parti berbentuk Islamis tapi sejauh mana Melayu nya UMNO dan sejauh mana pula Islam nya PAS. Itu harus di perhalusi melalui cara pemerintahan PAS dan UMNO malah bagaimana mereka mengamalkan ISLAM dan MELAYU dalam kehidupan berpolitik mereka.

   UMNO sedang mengalami proses penyesuaian era baru politik Malaysia. Politik baru ini pelik sedikit kerana politik ini adalah politik persepsi,politik sentimen dan politik isi perut. Jika UMNO tidak dapat membentuk politik persepsi di kalangan rakyat maka PRU14 ini UMNO makin parah malah luka kekalahan UMNO pasti lebih teruk malah bernanah.

Politik Persepsi

   Pakatan Rakyat mampu membangkitkan kehendak rakyat dengan persepsi yang cukup positif. Apabila ramai anak muda terhimpit dengan hutang PTPTN maka PR tampil dengan manifesto untuk hapuskan PTPTN sekiranya PR menang dalam PRu ke 13. Maka persepsi anak muda pada pakatan rakyat semakin positif.

    Di tambah dengan manifesto PR ke arah negara berkebajikan maka rakyat mencari-cari adakah ini peluang baru untuk keluar dari tekanan kehidupan yang makin membarah? Maka sekali lagi rakyat melihat inilah peluang untuk perubahan.

    Di kala PR membentangkan manifesto yang menarik UMNO dan BN menafikan setiap bayangan PR dalam media-media arus perdana membuat rakyat melihat mana manifesto UMNO BN? Walaupun di bentangkan tapi media tidak di gunakan untuk mempopularkan manifesto BN tapi mempopularkan manifesto PR. Inilah di panggil politik persepsi.

   Apa-apapun biarlah yang lepas di jadikan sejarah dan ayuh kita belajar dari kesilapan. Saya amat berharap PAS,PKR dan DAP termasuklah UMNO-BN haru belajar di mana kesilapan yang lepas. UMNO terutama harus mencari formula baru untuk kembalikan hak politik mereka di dalam hati rakyat. Semoga pemimpin yang baru ini walaupun muka lama tapi semoga idea mereka segar bugar malah mampu mambawa perubahan baru untuk kebaikan rakyat dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: