Di saat Ulama di hina…… Kita di pihak yang mana?

Langit di shah Alam ke merah-merahan menandakan hujan akan membasahi bumi dan saat inilah saya membuka tinta untuk melakar sedikit buah fikiran seolah-olah tidak sabar untuk menunggu esok.

Teman,

   Saya bukan seorang ulama mahupun ustaz yang beraliran agama untuk mengulas secara lebih terperinci soal agama kerana saya seorang jurutera. Jurutera pasti ilmu nya tidak sama dengan ilmu ahli agama tapi saya cuba menjadi insan kecil dalam perjuangan agama ini kerana perjuangan ini adalah perjuangan yang di wajibkan atas setiap umat.

     Saya terpanggil untuk menulis setelah melihat,meneliti semakin ramai rakan-rakan termasuk golongan da’ie turut sama mengkritik malah lebih sinis mengecil-ngecilkan ulama lain melalui ceramah mahupun tulisan di blog dan di facebook mereka. Ini petanda Islam masih tidak mampu untuk membentuk sistem khalifah malah Islam tidak lagi mampu untuk membentuk kerajaan berasaskan Islam di negera-negara majoritinya umat islam.

      Islam itu kuat malah ia di kuatkan lagi dengan pertolongan dari Allah swt tetapi kita jangan lupa di atas kekuatan itu kita yang melemahkan perjuangan Islam itu sendiri. Dalam konteks malaysia,parti politik yang berasaskan Islam masih lemah dari segi struktur malah politik nya masih ada turun naik. Orang politik yang pro pada Islam jika terdiri dari golongan profesional pasti di anak-tirikan dari beberapa sudut dan ini bukti kekuatan untuk mencapai kemenangan masih belum ada.

      Di atas aura Islam yang merata kini telah lahir jemaah-jemaah Islam baik di peringkat universiti atau di peringkat luar lingkungan akademik. Di atas semangat aura itulah pesatnya usrah-usrah malah ia membantu Islam naik dengan lebih cepat. Tetapi,silibus usrah itu selain membaca matshurat harus ada isu dan bahan yang membina,lebih terbuka malah kehadapan di samping mengkaji pemikiran sainstis-sainstis Islam malah ahli akademik Islam walaupun mereka bukanlah prof yang menerajui gerakan Islam secara khusus. Saya banyak mengenali pensyarah di universiti yang mempunyai pandangan hebat dari sudut Islam dan rujukan nya juga hebat termasuk koleksi buku karangan Syed Qutb rahimahullah,Hamka malah pemikiran-pemikiran seperti al-banni dan ulama lain. Ini harus kita terbuka untuk melebarluaskan lagi pemikiran jemaah.

      Zaman ini bukan lagi zaman menghina sesama jemaah. Zaman ini adalah zaman penyatuan! Naqib dari satu-satu jemaah harus memikirkan formula baru jemaah dan silibus untuk membawa penyatuan menjadi satu jemaah yang Solid dengan Islam.

       Saya kira inilah masa untuk kita melakukan satu gerakan reformasi untuk jemaah-jemaah Islam. Saat institusi ulama di jatuhkan maka saat inilah kita sebagai pejuang Islam untuk menaikkan semula insititusi penting islam iaitu ulama. Ulama moden juga harus terbuka dengan melihat sekeliling sebagai rujukan dan para-ustaz juga harus banyak membaca pelbagai buku termasuk buku tulisan pemikir Islam moden dan bukan Islam. Saya hanya orang kecil dan sekadar memberi pendapat kecil tetapi lebih besar dari itu hanya Allah yang berkuasa untuk membantu. Tapi kita sebagai umat islam juga harus melebarkan sayap untuk menyebarkan dakwah dengan cara yang terkesan dan berkesan.

        Jika dakwah kita berkesan pasti syiah tidak dapat bertapak kukuh di malaysia khasnya. Inilah tugas kita dan tugas ahli agama untuk membina formula baru dakwah. Formula lama sudah luput maka inilah masa untuk mencipta satu method untuk islam di perkasakan. Untuk menjadi ummat al_Quran tidak senang tapi ia juga tidaklah rumit selagi setiap orang Islam istiqomah dengan jalan ini. Dan kesabaran itu juga perlu kerana kerja Islam tidak akan membuahkan hasil esok atau lusa tetapi ia memakan masa bergenerasi.

       In sha Allah semoga kita menemui jalan yang sebenar dan jalan Islam yang hakiki..

Waraqoh Nawfal_2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: