Terkini dari Mesir

Terkini :

– ‘Pasukan keselamatan ‘ Kementerian Dalam Negeri memecah masuk Masjid Al Fath dan telah sampai ke tingkat dua. Mereka melepaskan tembakan.

– Mereka menyembur gas pemedih mata kepada penduduk yang berada di dalam masjid yang tak bersalah sekarang. Wanita dan kanak-kanak kelemasan di dalam gas pemedih mata.

– Polis, tentera dan samseng telah memecah masuk masjid dari tingkat dua. Kekecohan berlaku di dalam masjid.

Sumber : Twitter Fatima Said

Terkini Mesir | 17 Ogos 2013 | 5.00 pagi Lintasan lansung dari Al-Jazeera Mubasher Misr Masjid Fatah di Medan Ramsis masih lagi dikepung pihak tentera dan polis. Kira-kira 1000 orang rakyat terkepung di dalam masjid. Terdapat juga jenazah syuhada dan mangsa cedera. Doakan semoga mereka selamat dan dapat keluar dari kepungan. اللهم احفظهم، اللهم انصرهم.

Hatem Azzam (Jurutera/Naib Presiden Parti Wasat) : Mereka yang telah membakar gereja-gereja di Mesir merupakan mereka yang mengepung masjid Al Fath sekarang, juga yang telah membakar Masjid Rabiatul Adawiyah dan juga telah membakar mayat-mayat rakyat Mesir setelah membunuh mereka. Sumber : شبكة نبض الاخوان

 

Dr Ayman Nour (ahli politik/pengasas Parti El Ghad) : Bagi sesiapa yang mempunyai kesedaran, masuklah ke Masjid Al Fath sekarang untuk menyelamatkan beratus-ratus rakyat Mesir yang terkurung di situ. Sumber : حزب الحرية و العدالة – الصفحة الرسمية

Terkini : Waktu subuh di Mesir, Masjid Al Fath Ramsis di penuhi asap pemedih mata yang dilepaskan oleh ‘pihak keselamatan’. Samseng memecahkan pintu Masjid Al Fath serta cuba memecah masuk. Hasbunallahu wani’mal wakeel! Sumber : حزب الحرية والعدالة – شرق القاهرة

Terkini : Gambar pasukan tentera yang mengepung Masjid Al Fath di Ramsis sekarang. Sumber : RNN

Gambar seorang wanita syahid disebabkan kesan daripada gas pemedih mata ketika dikepung oleh samseng di Masjid Al Fath. “Heba Ahmad Abdel Fattah” berusia 36 tahun, lahir di Buhairah. Sumber : RNN

Ahmad Abu Haybah (media) : Sejarah akan mengingati bahawa rakyat Mesir di zaman kudeta telah memohon hak baru daripada hak-hak kemanusiaan; hak untuk dikebumikan. Sumber : Freedom and Justice newspaper

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: