Tempoh Tahanan Dr.Mursi di lanjut 30Hari lagi.

Hasbunallahu wani’mal wakil…

    Dari sumber Al-Jazeera,Pihak berkuasa kehakiman Mesir (kerajaan haram kudeta) telah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Muhammad Mursi selama 30 hari, agensi berita negeri berkata pada hari Khamis.

Dr.Mursi, yang digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu, sedang berada di lokasi yang tidak didedahkan atas tuduhan membunuh dan mengintip.

      Tapi percayalah,di sebalik kekejaman mustaqbirin di mesir akan ada pertolongan tersebar dari Allah atas tangisan dan rintihan musta’affin yang di tindas dan di nafikan suara mereka,malah di hina kematian mereka dan ahli keluarga dengan penghinaan yang tidak sepatutnya. Sehebat manapun kerajaan Firuan tetap dapat di patahkan hanya dengan manusia yang di pilih Allah bernama Musa a.s yang berbekalkan tongkat. Itulah cerita dan pengajaran malah peringatan dari Allah atas manusia yang berasa angkuh.

       Fir’aun telah membunuh 10.000 ahli sihir yang beriman dan semua anak lelaki Bani Israil sebelum Allah tenggelamkan semua taghut di laut.

     Tentara salib membunuh 70.000 penduduk Baitul Maqdis sebelum Allah mengirimkan Salahuddin Ayubi dari Mesir dan menghancurkan tentara salib di Hittin.

Tentera Mongol membunuh sejuta penduduk Baghdad dan 10 juta di tempat lain, sebelum Allah mengirim Saifudin Qutuz dari Mesir untuk menghancurkan tentara Mongol di Ain Jalut.

Insya Allah kita yakin Ikhwanul Muslimin tidak keberatan mempersembahkan sejuta syuhada jika itu mahar untuk kejatuhan taghut di Mesir, Amerika dan Israel.

Di sebalik kehancuran dan kebakaran yang dilakukan oleh pihak polis di Medan Rabaah, terselit sehelai mushaf Al Quran yang terselamat, yang tertera di atasnya ( kotak merah ) ayat Allah yang berbunyi : ” Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? ” Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. ” sumber : Syabkah Nabd Ikhwan

        Di sebalik berita kesedihan alhamdulilah dunia sudah bangkit. Di malaysia anjuran demi anjuran tunjuk perasaan di adakan malah terkini golongan Salafi Saudi telah keluarkan kenyataan menyokong rakyat mesir

نؤكد دعمنا لكل المطالبين بعودة الرئيس المنتخب الدكتور محمد مرسي وندعوهم للثبات والاحتساب، فهم على حق، ومطالبهم مشروعة، ونناشدهم ضبط النفس، وقطع الطريق على مريدي الفتنة، الذين سيجعلون منها ذرائع لمزيد من القتل. والله نسأل أن يتقبل من قضى منهم ويشفي جرحاهم، وينزل على ذويهم الصبر والسلوان، ويرزقهم الاحتساب.

Terjemah : Kami menegaskan sokongan kami kepada semua penyokong kepulangan presiden yang dipilih, Dr. Muhammad Mursi dan menyeru mereka supaya sabat dan ihtisab. Sesungguhnya mereka di atas kebenaran dan permintaan mereka itu dibenarkan (syarak) dan kami menyeru mereka supaya kental jiwa dan menyekat jalan kepada orang-orang yang inginkan fitnah yang mahu menjadikan fitnah itu sebagai jalan untuk terus membunuh…

Lebih lanjut anda boleh melawat link di sini http://www.aljazeera.net/news/pages/21f77113-6847-48a5-9d59-9ca704bdc1e2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: