Perginya Ramadan….

Assalamualaikum wbth,

Teman,

    Berakhirnya Ramadan bererti perginya bulan barokah yang pasti terdapat rahsia dan kenikmatan di dalam nya. Sebagai insan yang penuh dengan dosa pasti merasa bulan Ramadan adalah platform untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Bak seorang kekasih pasti akan merindui si KEKASIHNYA apabila makin hampir untuk mendirikan rumah tangga begitu juga kita sebagai hamba yang semakin menghampiri pintu kematian dan pintu maut yang mungkin esok,mungkin beberapa detik lagi..Yang pasti selagi hayat di kandung badan maka beribadah lah pada Allah dan buat sebaik mungkin sebagai hamba Allah swt dan pengikut rasullullah swt.

  Teman dan sahabat,

    Aku di kuatkan kaki malah kudrat hati untuk bagun ke masjid muhammadi sedetik 3pagi. MasyaAllah, manusia yang cintakan jalan suci pasti akan menangis melihat si pencinta kekasih beriktikaf di sana. Penuh dan aku sebagai manusia kerdil pasti ingin juga merasa detik terakhir Ramadan dan hati yang sentiasa lalai dengan tawa dunia cuba untuk menangisi Ramadan yang hampir berakhir. Allahu akhbar adakah Ramadan akan datang akan di jodohkan semula? Jawapan itu hanya Allah swt yang mengetahui.

     Setiap hawa embun yang jatuh pasti akan membasahi bumi dengan kedinginan alam begitu juga dengan hati yang sentiasa di basahi dengan hak Nya pasti akan menjadi tenang,dingin malah subur pohon-pohon ketenangan dan keimanan. Mekar nya iman pasti menghasilkan kelazatan bersyariat. Di sebalik kelazatan bersyariat pasti akan mendapat kenikmatan melihat zat-zat Allah swt. Kasyaf yang terlalu subjective sifat nya tetapi sifat itu hanya dapat di miliki oleh insan yang terpilih. Semoga kita menjadi insan yang terpilih itu. Ameen.

    Cukuplah setakat ini tinta kerdil kali ini. Setiap tulisan dan susun ayat dalam post kali ini aku cuba untuk menundukkan diri pada Allah dan semoga tidak ada riak malah sombong sifat tulisan di dalam nya. Nauzubillah. Tulisan dan post-post yang terdapat dalam blog ini tidak lebih hanya salah satu cabang dakwah dan semoga menjadi nadi pahala waktu pemilik blog ini sudah melangkah ke alam barzarkh. Alam yang kekal untuk ke akhirat Allah swt.

     Hari Raya Idulfitri ini usah terlalu bergembira kerana saudara kita di syam sedang bergelumbang dengan kezaliman tentera “syaitan”. Kita doakan malah tangisi mereka kerana mereka adalah saudara terdekat kita. Pasti Allah akan bertanya di akhirat kelak apa tindakan kita untuk saudara kita di sana. Islam adalah tali yang mengikat hati-hati setiap muslim untuk bersatu walaupun berbeza mazhab dan pengagan tapi kita tetap hamba Allah dan pengikut rasullulah swt. Jika yang jauh tersimpang dari ajaran Islam dan sunnah rasulllulah swt maka kembalilah kepada Allah dan hak sebenar,jangan mengikut jalan syaitan kerana neraka Allah pasti menjadi tempat manusia yang lalai. Kembalilah pada jalan Islam dan ahlul sunnah. Insha Allah.

Selamat Menyambut Idul fitri kepada pembaca yang budiman.

Allahuakhbar x3….

Assalamualaikum wbth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: