Seni dalam kehidupan

Dada itu penuh kelam hitam pekat likat,

Jiwa di dalam terbelit dengan lingkaran hari,

Mana..Mana realiti? …Mana. Mana ulusi?

Kitalah situa bersidi saksi..

Mengheret derita…beralas mimpi.

Mencari dan terus mencari titik penamat segala rawi.

Harusku bertahajud untuk kelam itu.

             Temanku,

             Kehidupan kita penuh dengan kesenian! Lihat di sekeliling,pandang atas dalam bawah,pejamlah mata dan celik lah mata mu seluas-luas alam,apa yang yang engkau lihat wahai teman? Tidak kah yang engkau lihat itu seni? Seni kehidupan dan seni penciptaan. Halus dan penuh simpulan yang perlu di olah untuk mendapat bentuk sebenar kehidupan. Jika engkau masih tidak dapat melihat mana seni nya, maka “pulanglah” dan basuh mata hati mu yang ada di dalam dada. Jika dunia dan kehidupan di lihat berseni dengan pandangan mata hati pasti dunia ini aman,tenang dan nyaman.

           Allah swt telah menurunkan al-Quran untuk di baca,di ikut malah di kaji. Di situ ada seni nya. Seni yang hanya orang berseni dapat melihat di sebalik mukjizat kitab-kitab Allah. Mukjizat Al-Quran tidak akan dapat di lihat jika hanya di lagukan,di baca tanpa berseni memahami di sebalik makna setiap titik,huruf dan ayat.

         Orang berseni tidak lokek dengan air mata. Air Mata pabila melihat kebesaran Allah yang cukup hebat. Allah tidak menciptakan sesuatu kecuali bersebab. Gunung-ganang,bukit bukau,Sungai,Laut malah kehidupan manusia,jin,syaitan adalah ciptaan dari Nya yang penuh dengan sebab. Di mana jawapan setiap sebab penciptaan Allah itu? Pastinya di dalam Kitab Suci Nya! Hanya yang bermata hati akan menemui jawapan.

        Manusia tidak ramai dapat menilai seni. Seni kehidupan,seni kematian,dan seni alam ciptaan Allah. Manusia ramai yang berakal tetapi tidak ramai yang beriman kerana mata hati nya sudah luka,cacat,rosak kerna penyakit hasad. Hasad pada dunia dan hasad pada kehidupan.

        Teman,

        Kehidupan kita memang membelit dan pasti kita akan tersebelit dengan tali kehidupan. Yang hanya dapat menyelamatkan kita adalah ilmu,iman dan amal yang Istiqomah termasuk bertawaqqal kepada Allah swt. Kita mangsa dunia tapi kita juga tetamu dunia maka usah kita tinggalkan tanggungjawab besar kita sebagai khalifah dunia. Ramai yang berkira-kira dengan kesalahan dan kesilapan sesama manusia tetapi kita lupa untuk berkira-kira dengan kasih sayang Allah swt yang pasti melihat dari arash Nya.

       Sahabat,

       Seni nya kehidupan perlu di alas dengan akidah yang mantap. Pasti untuk memantapkan akidah kita adalah keikhlasan dalam mengamalkan nya. Begitu juga seperti tulisan-tulisan ini,jika saya menulis semata-mata untuk populariti pasti langsung tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah. Akidah bukan dapat di tunjuk-tunjuk dengan hanya berjubah,berkupiah dan berjanggut. Itu hanya syiar tetapi di sebalik syiar kita harus berakidah kepada diri kita sendiri. berakidah dengan malaikat kiri dan kanan,berakidah dengan ilmu yang di tuntut,berakidah dengan kitab-kitab Allah yang harus di baca,teliti dan memahami,berakidah dengan Allah swt di samping berakidah dengan sunnah rasullullah saw.

       Ambillah seni Waraqoh Ibnu Nawfal dalam mencari ilmu di zaman kekalutan ini. Ya,Islam berkembang pesat tapi jangan lupa ramai yang mengkhianat dalam menyampaikan ilmu yang kita dahagakan. Ramai yang cuba membawa Islam dengan mentafsir hanya dengan ainul yakin semata-mata. Ramai yang membawa Islam dengan membawa mazhab baru,imam baru malah ada yang cuba mengkafirkan ulama,sahabat rasullulah dan mengetepikan kata-kata hadith. Itulah dunia. Maka bersenilah di samping berdoa supaya kita di jalan kebenaran.

      Teman teman… Seni kehidupan hanya dapat di tafsir memalui mata hati kita sendiri.

In sha Allah semoga kita berada dalam golongan yang Allah redo’i. Ameen..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: