Rezeki bukan di tangan mu!

Surah At-Talaq, Ayat ke 3 di mana Allah swt berfirman

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

     Janganlah kesal dengan kesempitan hidup mu teman kerana ia bersifat sementara. Langit tidak selalu kelam dan tanah tidak selalunya tandus. Percayalah,langit itu kepunyaan Allah dan bumi yang di pijak adalah hamba Allah. Setiap kekayaan manusia adalah hasil dari kasih sayang Allah swt. Maka ayuh berdoa dan usah bersedih kerana ada kifarah di sebalik kesedihan dan ada kegembiraan di celah duka.

  Teman,

   Hidup kita tidak lama teman kerana manusia telah di takdirkan untuk hidup dan mati. Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan setiap yang sedih pasti akan tersenyum. Yang berhak memujuk adalah Allah. Bagaimana Allah memujuk mu wahai teman? Pasti Allah akan menyapa mu tika diri mu menyapa Nya. Pasti Allah akan memeluk mu dengan Nikmat yang cukup banyak. Allah itu punyai langit dan Bumi wahai teman. Allah itu punyai syurga dan negara dan Allah itu Punyai rezeki dan kekayaan yang sukar di hitung dan di sukat. Maka bersaksilah bahawa dirimu tidak harus bersedih.

     Semoga risalah kecil ini akan menjadi rantai pahala waktu ku di alam baqa’ ….. Salam Sayang Teman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: