Meja Suara Insan Kerdil hari ini merujuk berita harian dari sudut gambar berita seperti ini. Selain dari itu Meja Insan Kerdil masih memboikot akhbar tempatan ini.

Sehingga saat ini, lebih 200,000 orang rakyat Syria yang telah terkorban dek kezaliman regim Basar al Assad yang telah memerintah Syria secara kuku besi sejak 43 tahun yang lalu (zaman bapanya Hafiz al Assad).

Ratusan ribu daripada rakyatnya kini merengkok di dalam tahan, ratusan ribu yang lain cedera dan jutaan daripada mereka kini menjadi pelarian di negara jiran seperti Jordan, Lubnan dan Turki.

Kezaliman rejim ini juga mendapat mendapat dokongan kukuh daripada Hizbullah Lubnan, Syiah Irak dan Republik Iran serta mendapat bantuan ketenteraan daripada Russia dan Cina. Dalam masa yang sama, rejim Bashar inilah yang telah mempastikan keamanan negara haram Israel agar dapat terus wujud di atas tanah rakyat Palestin sejak 65 tahun yang lalu.

Ketika rakyat Syria bangkit untuk menuntut keadilan dan menumbangkan rejim yang zalim ini, kuasa besar barat yang dikuasai oleh AS pula mengambil kesempatan untuk kepentingan politikn dan dasar luarnya yang tersendiri.

Semoga umat Islam dan pemimpin negara-negara umat Islam di seluruh dunia bangkit dengan kadar segera untuk membantu uamt Islam di bumi Syam yang telah ditindas dan dizalimi buat sekelian lamanya untuk memiliki peluang untuk hidup sebagai seorang manusia normal dan tidak terus tersiksa dek peperangan yang berpanjangan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: