Kurang 20jam untuk gegarkan Negara dengan himpunan 525

blackoutKurang 20jam dari sekarang kita sebagai rakyat marhean yang cintakan negara dan menghormati demokrasi akan berkumpul di padang amcop mall petaling jaya. Jika di intai mungkin ini himpunan paling besar yang bakal tercipta dalam sejarah negara tapi setiap peserta himpunan harus menjaga akhlaq dan nilai sebagai rakyat yang bertamadun. Kita buktikan bahawa kita rakyat yang sentiasa berdiri di atas asas demokrasi dan mencipta sejarah dengan melaungkan cinta pada keadilan dan sistem yang bersih terutama dalam sistem PRU.

Saya ucupkan selamat berkumpul dan in shaa Allah blog Suara Insan Kerdil akan cuba update dari sana jika di izinkan.

#BLACKOUT 505 Amcorp Mall

APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai – antara RM50 hingga RM100.
• Garam dalam paket kecil – untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain – dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku Nota – untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat – untuk membekalkan tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi – inhaler, ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin. Walau bagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.

APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas – Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet – gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna Hitam.
• Kasut Sport sebaik-baiknya.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Tino Oo on May 25, 2013 at 7:45 am

    D day

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: