Mungkin untuk Dato Husam

         Lembaran baru,muka baru,buku baru malah kad kemajuan baru pada PRu 13 ini. Di kelantan kemenangan yang besar pada PRU 13 ini adalah tanda sokongan dan penerimaan rakyat kelantan untuk membawa angin perubahan kepada negeri malah negara di samping mengekalkan pemerintahan bertaraf ulama’ dan islamik di negeri cik siti wan kembang itu.

      Di sebalik sorakan kemenangan dan kegembiraan ada sedikit cerita suram yang memberi kesan sedikit sebanyak kepada rakyat malah penyokong Parti berteraskan ISLAM itu. Tuan Guru Nik Abd Aziz melepaskan jawatan sebagai menteri besar dan kedudukan Dato Husam Musa yang telah di pinggirkan dalam barisan exco kerajaan negeri sedikit sebanyak menyentak hati setiap rakyat. Mungkin itu berita kecil yang tidak memberi kesan apabila di mamah malah jika di telan tidak tercenkit kerana itu cerita anak beranak. Mungkin sebalik cerita anak beranak itu ada sedikit benih fitnah yang harus dan wajar di kikis dalam parti berasaskan Islam itu.

          Dato Husam satu nama yang tidak asing dalam arena politik malah bagi UMNO BN nama itu adalah nama besar yang mampu memberi idea hebat malah individu bernama Husam Musa seringkali menjadi bahana pada UMNO BN malah kepada beberapa ahli PAS sendiri kerana prinsip nya yang tegas sehingga ada kawan menjadi lawan dan ada lawan menjadi sahabat kerana kecerdikan dato Husam.

           Semasa zaman pemerintahan Tuan Guru nama Husam adalah individu yang saling bawa membawa oleh dua tokoh hebat ini. Skim Kifalah contoh nya,tuntutan royalti termasuk beberapa projek besar seperti lebuhraya rakyat yang kira nya hasil dari buah idea Dato Husam tapi dia sendiri menyatakan itu semua idea bernas Tok Guru. Ini menunjukkan ahli politik ini bukan sahaja berjurus malah ia menghormati ketua dan tidak “gila” populariti.

         Saya mengkagumi individu ini. Tapi saya faham sistem berjamaah kita harus wala’ pada setiap keputusan jamaah. Baik atau buruk kita menghormati selagi mana tidak melanggar kehendak al kitab dan as sunnah. Mungkin untuk meluluskan manusia mengikut kehendak syariat tidaklah senang malah dalam jamaah ada yang berhati duniawi. Atas kehendak itu kita para pejuang harus bersabar dan tetap istiqomah dalam perjuangan dan saranan Dato Husam untuk kita terus istiqomah amat saya sokong.

           Mungkin Dato Husam di takdir Allah untuk berehat sekita dan ada kerja yang lebih besar menunggu beliau. Dato Husam mempunyai keparakan yang telah terbukti dalam berekonomi dan merakyatkan ekonomi. Untuk mendapat seorang pemimin yang ‘khadimul ummah’ terlalu sukar walaupun individu itu lahir dari sumber Islam kecuali hati,jiwa dan ilmu nya berkiblatkan Allah di samping berilmu islam. Orang yang hanya bersyiar tetapi tidak di implimentasikan islam dalam diri nya maka “nill” kosong malah dirinya langsung tidak berharga dalam ummah.

          Di sebalik jalan cerita yang telah berlalu harus dan wajar kita mengambil masa untuk muhasabah. PRU13 Allah swt tidak memenangkan kita tapi mungkin dengan izin Allah kemenangan pasti akan datang. Mungkin masa patisyen untuk 30parlimen ini di takdirkan Allah kita mampu merampas kembali hak rakyat yang di nafikan kerajaan UBN. Mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: