TERKINI

Komander Briged Syuhada’ Hauran yang merupakan antara sayap mujahidin FSA telah mengumumkan bahawa Basyar Asad telah mati. Komander Abu Ali menyebut bahawa mujahidin FSA telah berjaya mengebom istana rejim Basyar tempoh hari menyebabkan kematian Basyar dan beberapa orang pengikutnya.

Briged Syuhada’ Hauran merupakan antara briged FSA yang dipertanggungjawabkan dalam operasi membebaskan kota Dimasyq daripada penguasaan rejim. Susulan kenyataan tersebut juga, Abu Ali menyarankan agar rakyat awam berpindah ke wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh mujahidin kerana mujahidin akan melancarkan operasi Ma’rakat al-Hasm, “Perang Penentuan Nasib” di Dimasyq.

Walaubagaimanapun, kami masih belum menerima kenyataan rasmi daripada Majlis Tertinggi Mujahidin FSA tentang berita ini. Kami akan maklumkan kesahihannya dan perkembangannya. Teruskan doa agar berita ini benar. Nantikan kemaskini seterusnya nanti.

Advertisements