Terkini: Syaikh Muaz Khatib di beri penghormatan berucap di Persidangan Liga Arab

TERKINI

Syaikh Muaz Khatib telah diberi penghormatan untuk berucap di dalam Kemuncak Persidangan Liga-Liga Arab di Qatar sebentar tadi mewakili rakyat Syria. 531088_459942824046893_313694100_n

Antara intipati ucapan beliau :

1) Menyampaikan salam buat seluruh dunia daripada rakyat Syria yang disembelih dan dizalimi sehingga dua tahun, rakyat yang dibom hampir setiap hari, rakyat yang masih istiqamah di medan perjuangan dan rakyat yang akan terus thabat di atas jalan kebenaran.

2) Rakyat Syria cintakan keamanan dan kebangkitan rakyat Syria pada awalnya adalah silmiy (aman) tetapi dibalas kejam oleh rejim Basyar. Maka, rakyat Syria mengangkat senjata mempertahankan maruah agama dan negara.

3) Mengecam rejim Iran, Hizbolla dan Russia yang berterusan membantu rejim Basyar melakukan kezaliman.

4) Mengkritik dunia dan negara Arab terutamanya yang masih berdiam diri melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria.

5) Rakyat Syria sudah tidak perlukan militan Basyar yang melakukan kezaliman di luar batas kemanusiaan.

6) Mengucap terima kasih kepada negara-negara yang membantu perjuangan rakyat Syria seperti Mesir, Turki, Qatar dan beberapa buah negara lagi.

7) Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria akan terus berjuang membantu perjuangan rakyat Syria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: