Fitnah Akhir Zaman : Ulama di hina?

Dengan nama Allah swt,

     Kehidupan ini terlalu panjang jalan cerita nya malah ada manis di sebalik pahit dan ada busuk di sebalik wangi,itulah lumrah ber-kehidupan. Dalam politik pula ia di ibarat carca merba kecuali politik itu di “Islamkan” barulah ia di lihat bersih kerana hanya agama yang dapat mengajar manusia akan pahala dan dosa,syurga dan negara,berkat dan bala. Semua itu hanya ada dalam islam dan ia nampak indah kerana keindahan itu milik islam.

    Di sebalik perjalanan kehidupan yang pasti ada nya liku-liku yang harus di tempuhi. Dalam berjuang pula kita tidak boleh lari dari fitnah kerana ia sudah di anggap seperti gula dalam minuman. Itu sudah menjadi lumrah dalam perjuangan.

    Saya ter’ingat sabda rasullullah saw dimana nabi bersabda

Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”

    Allah itu maha besar,

    Apabila saya membaca tulisan dan ulasan tentang tokoh-tokoh besar dalam jemaah politik negara y bakal di pecat,ada beberapa blogger yang langsung tidak beradab dalam mengulas. Ulama tetap ulama dan ilmu nya tetap di guna pakai kerana di situ ada keberkatan nya. Dalam sejarah islam telah terukir rapat akan bahana fitnah. Umpama nya kisah Nabi Yusuff di fitnah oleh Zulaika, Maryam di hina malah di tuduh sebagai perempuan zina , peristiwa al-ifik yang membuat setiap dari kita pejuang Islam dan Umat Islam hiba sayu kerana fitnah ke atas Aisyah Ra.

    Di sebalik fitnah dalam lipatan sejarah islam itu membawa satu erti yang besar iaitu kembali kepada Allah dan bergantung kepada Allah. Kita dalam perjuangan Islam syarat Asas nya ialah beradab ddengan ulama’ dan yang paling penting ialah beradab dengan Allah. Kebergantungan kepada Allah cukup penting dan berhati-hati dengan fitnah golongan yang membenci perjuangan suci ini.

    Percayalah,malam pasti di ganti dengan siang. Sedih pasti di ertikan dengan kegembiraan selepas itu,langit kelam tidak selalunya turun hujan mungkin hanya ingin menutup bumi dari bahang panas dan menyapa angin dingin buat manusia yang memerlukan nya. Begitulah juga dalam berjuang dalam jamaah Islam ini. Kadang kala keputusan itu pahit untuk di telan tapi terimalah kerana di sebalik sabar dan istiqomah pasti ada kejayaan yang telah di janjikan Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: