Pakatan Rakyat tetap Menang dlm Isu Ustaz Nasarudin Isa

Dengan Nama Allah,

       Berita pelucutan Ustaz Nasarudin Isa dari jawatan Ahli Majlis Syura PAS Pusat tidaklah mengejutkan malah ia sudah di ramal oleh peramal politik malah baik ia dari rakan,sahabat malah dari Musuh politik juga menganggap berita itu adalah berita yang di nanti-nantikan kerana ia akan menjadi modal politik.

     Saya mungkin kecil dalam perjuangan ini tapi masih teringat kata-kata almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor dimana ustaz Fadhil pernah berkata “Berhati-hati dengan ahli PAS yang di puja puji oleh UMNO” . Hasil dari kata-kata al-marhum Presiden PAS itu jelaslah pemecatan Ustaz Nasa tidaklah salah langkah malah ia mungkin pendekatan yang paling wajar dan halus menegur bekas pemimpin PAS tersebut.

    Jasa Ustaz Nasa tidaklah kecil dalam PAS tetapi mungkin ada cerita di sebalik. Wajar nya kita ahli kecil atau ahli besar dalam PAS berhati-hati dengan fitnah dan wala’ pada perjuangan di samping Istiqomah dalam perjuangan besar ini. Janganlah di perbesarkan arus yang songsang dan janganlah di marakkan bara yang hampir lesu membara. Hikmah perlu ada di celah-celah perjuangan .

    Saya tidaklah ingin memerah akal semata-mata untuk berbicara soal pemecatan Ustaz Nasa tetapi teruskan kita berjuang kita di sambing akhlaq di jaga baik dari pelbagai sudut.

    Langkah yang semakin hampir ke putrajaya ini adalah langkah penting tetapi wajar berhati-hati kerana lawan PR ialah UMNO-BN. UBN tidak pernah kenal erti jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Sejarah telah mengajar siapa UMNO baik dari penambahan kerusi bukan melayu oleh SPR,pengundi Hantu malah pelbagai cerita songsang telah berjalan dalam kalam sejarah kita. Semoga sejarah itu menjadi nadi kepada perjuangan rakyat.

     Semoga langkah kita kali ini adalah langkah sebenar dan PRU ke 13 ini menjadi PRU yang paling bermakna dalam sejarah negara. In syaa Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: