Tuan Guru Nik Abd Aziz telah bina kelantan dengan akhlaq,jangan runtuhkan!

Renung di sebalik kebatilan dan hak.Kelantan tidak mudah di serah kepada orang yang hanya menjanjikan keduniaan semata-mata

      20tahun lebih kelantan di bangunkan oleh Tuan Guru dan ahli-ahli agama yang istiqomah ingin melihat kelantan di bangunkan dengan negeri yang “berakhlaq” . Akhlaq rakyat yang di didik dengan hiburan di basuh cermat supaya rakyat mengenal islam di sebalik kekufuran. Mak Yong,Wayang kulit,dikir barat(yang keterlaluan) di kikis dari jiwa orang kelantan supaya tidak menghampiri kekufuran. Itu mungkin di lihat kecil tapi itulah perintis dalam menuju perkara besar.

       Penerangan demi penerangan di beri. Setiap ceramah politik di kelantan terutama politik PAS tidak lari dari berbicara isu sirah nabi,al-quran di baca,hukum islam di tekankan,malah politik tidak pernah di asingkan dengan agama menjadikan rakyat kelantan jiwa nya di basuh lumat dengan Islam. Masjid dan surau adalah darah daging rakyat kelantan. Saya secara peribadi tertarik kepada islam sejak mendengar ceramah PAS. Akhirnya hobi saya adalah membaca buku-buku agama seperti al-muqaddimah tulisan ibnu khaldum(dalam versi english The Muqaddimah) , Buku tulisan Ustaz Ridwan Mohd Nor, Ulasan dan tulisan Tg Nik Aziz dan banyak lagi. Ini kesan dari momentum agama yang ada dalam cerama-ceramah PAS.

       Kelantan tidak lagi menjadi negeri maksiat. Hak agama di jaga dan ketenangan di sebalik kecelaruan negara adalah tanda kelantan adalah bumi yang di beri anugerah keberkatan atas rakyat yang memilih orang yang takutkan neraka dan cintakan Islam.

       Tapi sebalik itu,adanya suara-suara sumbang yang menarik rakyat ke arah maksiat. Negeri kelantan tidak lari dari hasutan maksiat dan kezhaliman jiwa. BN dan UMNO tidak pernah puas malah bernafsu untuk memerintah kelantan. Mungkin kerana kekayaan sumber hasil negeri. Perdana Menteri bersilih ganti dan janji di tabur berlisih janji semata-mata untuk dapatkan kelantan. Janji yang di tabur tidak lebih dari kehendak keduniaan. Harusnya sebagai pemerintah mendidik rakyat akan syurga dan negara,dosa dan pahala.

       Sekadar berkongsi…… Salam perubahan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: