Yang Parah di dunia tapi untung di akhirat.

Dengan nama Allah yang Maha Segala-galanya,

Bagaimana untuk saya mulakan penulisan saya kali ini setelah sekian lama tidak menulis secara panjang lebar di blog Insaan Kerdil ini. Haru jiwa rasanya apabila di tinpa ujian dan musibah tapi akal tetap istiqomah cuma jiwa bergoncang lesu untuk menyatakan bagaimana untuk aku meredakan ketegangan jiwa ini. Persoalan nya ialah jiwa perlu di isi dengan makanan rohani baru hidup akan tenang,makna nya jiwa ku belum cukup rohaninya.

“Aku terlalu mengikut dunia”

Dunia ini adalah lembah. Yang bersedia dan qalbu nya suci pasti akan nampak apa yang bakal berlaku dan pasti ia bersedia untuk menyelamatkan diri dari di tengelami air kerana sifat lembah pasti bertakung air nya. Dunia bak ais,sejuk nya sementara dan sifat nya tidak kekal. Kerasnya hanya di bayangi air yang membeku. Semua nya sementara kerana semua ciptaan Allah hanyalah sementara sifatnya kerana Allah itu Maha Indah  penciptaanNya. Yang hidup akan mati dan yang Mati akan Hidup. Hidup tidak senang kerana senang adalah pinjaman dan yang sukar perjalanan hidup tidak akan kekal selamanya sukar kerana kesukaran dalam hidup adalah pinjaman sementara.

Pinjaman!

Allah itu Maha Pemurah,setiap nikmat Nya pasti akan dapat kita rasa. Si Miskin tidak akan selamanya miskin pasti Allah akan mengantikan kekayaan di atas kemiskinan dan yang kaya pasti tidak akan kekal kaya kerana di atas kekayaan pasti terselit kemiskinan di dalam nya. Si kaya sudah tentu kaya wang ringgit dan harta tapi mungkin dia miskin hati budi dan agamanya. Si miskin pasti miskin dari segi harta dan wang ringgit tapi pasti kaya dengan prinsip hidup,agama dan adab sopan. Lihat,itu menunjukkan Allah Maha Pemurah!

Semasa saya menjadi Tutor,saya di jemput oleh kolej menjadi penceramah dan fasilitator bagi pelajar baru kolej tersebut. Saya bertanya secara peribadi,cuba mengucap dan baca al-fatihah. Pelajar itu gagal mengucap dan membaca al-fatihah. Ini makna ibu bapa nya mampu memasukkan anak nya ke kolej tapi ibu dan ayahnya tidak mampu dalam memberi didikan agama yang lengkap kepada anaknya. Itulah dunia yang di anggap lemah,ada yang hampir lemas dan ada yang terus mati dengan dunia.

Dunia bisa juga di rujuk sebagai proses pendakian. Setiap orang ingin mendaki tapi ada yang mendaki dari atas kebawah dan ada juga yang mendaki dari bawah ke atas. Puncak nya adalah iman dan lantai nya adalah kekufuran. Manusia saling berlumba sehingga merasa perlu di cantas saingan masing-masing. Sifat iri hati,dengki pasti membarah dalam jiwa setiap manusia yang tidak cukup iman nya.

Saya pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat automotive negara. Besar nya jiwa saya setelah cita-cita sejak kecil ingin menjadi manusia hebat. Tapi Allah swt telah menulis dalam kalam hidup saya bahawa saya tidak akan lama di situ. Hak saya di nafikan semata-mata saya di bawa masuk kerana pengalaman,saya di nafikan hak asas di sana kerana tujahan fitnah keji dari insan yang saya hormati. Itulah sifir kehidupan,hormat tidak akan di balas hormat. Saya matang dalam soal itu. Serahkan kepada Allah. Hasbunallahu wani’mal waqil. 

Kehidupan ini ada kala ia luas melebar sehingga nafas kita lega di hembus tarik tapi ada kala terasa di himpit seperti lemas seperti di selam lumat dalam air.

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: