Bismillah,
Mungkin saya ketinggalan dalam meng-update keadaan di himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Mungkin kerana kepenatan tapi saya panjatkan rasa bersyukur walaupun berjalan dari KLCC ke Stadium Merdeka tapi saya merasa lega kerana ini adalah himpunan paling bermakna bagi rakyat dan negara. Sudah terbukti keadaan aman tanpa huru-hara kerana selama ini anjuran Bersih 1,0,Bersih 2.0,Bersih 3.0, PPSMI dan banyak lagi menjadi huru hara kerana kita di nafikan hak dalam berhimpunan oleh pihak berkuasa. Tapi kali ini saya ucapkan tahniah kepada pihak yang berkaitan. Mungkin ini tanda angin perubahan yang bakal berlaku sedikit masa lagi. In syaa Allah.

Rakaman pertama lensa camera saya sejurus berlepas dari KLCC. Terbukti walaupun himpunan yang ramai tapi pelancong tetapi dapat menikmati keadaan kuala Lumpur yang aman.

Rombongan Royalti di ketuai orang kuat R Dato Paduka Husam Musa

Antara gelagat sahabat saya.

Ketika Dato Paduka HUsam berucap kepada penyokong R dan juga anak-anak felda

Yb kita turut bersama rakyat. Ahli Dewan Undangan Semerak

Lensa camera saya turut merakam unti ini turut memberi sokongan.