Hak Orang Miskin : Antara Hisab yang akan di tanya oleh Allah

Dengan Nama Allah swt,

    Mungkin tidak pernah saya membawa isu artis dalam blog Insan Kerdil tapi apabila saya membelek facebook saya ternampak satu posting berkaitan seorang artis veteran Dato’ Yahya Sulong yang telah di beri notis keluar dari kediaman nya di Flat DBKL Sentul.

Gelaran Datuk tidak bererti apa-apa kerana kesempitan hidup_Ujar Isteri Datuk Yahya Sulong

        Apa yang menarik saya mengucapkan tahniah kepada penulis Mohd Sayuti Omar yang juga penulis blog Merah Tinta yang mana membawa kenalan fb nya untuk menderma dan di fahamkan beliau berjaya mengumpul 900ringgit. Alhamdulilah tahniah.

       Cuma di sebalik isu ini yang lebih besar ialah kemiskinan di sebalik kemewahan. Amatlah sedih apabila kita berbicara soal projec berjuta-juta,negara di pacu ke arah ekonomi contoh,menteri dan pemimpin bergaya dengan majlis mewah,ini semua petanda negara bakal di kelaskan. Negara semakin hancur kerana sikap pemimpin yang sombong kepada kemewahan tanpa melihat siapa yang masih memerlukan bantuan. Perlu di ingat bahawa Allah berfirmah dalam surah al-taubah :-

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Taubah: 71)

        Saya kurang bersetuju dan amat menjelikkan  apabila pemimpin yang berbicara soal hak,membela rakyat marhean yang miskin tapi tidak berjaya dan berusaha untuk melakukan apa-apa. Hanya bercakap tapi kosong isi nya. Pemimpin seperti inilah yang perlu di tolak kerana sikap yang langsung tidak boleh di contohi.

Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tak mendapat bagian (tidak meminta) – Quran surat adz-Dzariyat ayat 19.

          Kemana negara ini hendak di pacu itu itu hak pemimpin. Tapi pemimpin jangan tersepit antara hak peribadi dan hak rakyat. Jika pemimpin menjadikan negara untuk  mencapai hak peribadi maka “sial” dan “dajal” lah sikap nya. Tidak dapat tidak harus kita pacu kepada ke arah negara berkebajikan. Negara yang berbicara soal isi peruk rakyat,negara yang melihat bagaimana rakyat perlu hidup. Negara yang baik sudah pasti negara yang berjaya merakyatkan ekonomi.

          Oleh itu saya memperingatkan diri dan pembaca supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan pastikan baik hak kita termasuk hak orang miskin terlaksana. Rezeki bukan milik kita tapi ia adalah milik Allah swt. Kita hanya meminjam hasil dari usaha kecil kita. Jika Allah swt katakan tidak maka tidak. Semua bergantung pada ALlah. Tapi bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah swt tidak akan menganaiya hamba Nya. In syaa Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: