Terkini dari Mesir: SYEIKH HAZIM DAN PENYOKONG LANCAR KEMPEN “BERSIHKAN MEDIA”

     Syeikh Hazim Abu Ismail bersama penyokongnya dan kumpulan Dakwah Salafi meneruskan perkampungan di hadapan Pusat Pengeluar Media di bandar 6 Oktober dalam kempen “Bersihkan Media”.

 Beliau telah bermalam di hadapan pusat tersebut beberapa malam dan menjadikannya sebagai ‘tebusan’ jika Istana Ittihadiyah diserang dan dicerobohi oleh kumpulan penentang Mursi. 

Semalam, beliau berucap memberikan amaran kepada media-media dan tv satelit yang banyak menyerang Mursi dengan berkata “Katalah apa yang hendak kamu kata dengan serangan dan fitnah kamu, akan tetapi jika kamu melampau bagi menjatuhkan negara maka ini sama sekali tidak akan dibenarkan. Kritiklah dia (Mursi) sesuka hati kamu tetapi beradab. Jika tidak, kami akan memelihara kemuliaan negara kami dari sini dan kami tidak perlu menunggu arahan dari sesiapa untuk bertindak. Kebebasan mengkritik dan membangkang kepada Presiden perkara yang diberikan dalam negara demokrasi tetapi ingat, sila hormati beliau (Mursi) sebagai seorang Presiden.”

Syeikh Hazim menyeru penyokongnya untuk meneruskan perkampungan di hadapan pusat media tersebut dengan berkata, “Kita akan terus kekal di sini, jangan kalian tinggalkan tempat ini. Jangan berganjak sehingga Mesir kembali stabil,” sambil menyeru kumpulan Islam lain menyertai kempen beliau itu.

Pusat Pengeluar Media, sebuah projek mega yang dilancarkan di zaman Mubarak. Di dalam bandar tersebut waktu ini beroperasi beberapa stesen televisyen yang kesemuanya menghalakan serangan ke arah Mursi.

Kredit kepada Al-Fadhil Ust Abd Malik atas sumber.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: