Terbaru dari Gaza : Israel gentar dgn HAMAS

Presiden Israel (penjajah/rejim zionis), Shimon Peres (arkib foto) berkata, ucapan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal di Gaza semalam telah menyingkap wajah sebenar HAMAS berupa sebuah organisasi pengganas yang mengajak kepada berbunuhan.

Semasa karnival sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan HAMAS semalam, Khaled Meshaal menyatakan bahawa HAMAS tidak sesekali melepaskan sejengkal tanah Palestin dari darat hingga ke laut, dari utara sehingga ke selatan sambil mengajak kepada pertemuan (Palestin-Palestin) demi untuk meleraikan perselisihan dan mencapai perpaduan.

Peres dalam ucapannya pagi ini di hadapan persidangan yang berlangsung di Tel-Aviv (تل الربيع) mengutarakan pandangan, ‘Israel mesti berunding dengan Abbas kerana menganggap beliau adalah pemimpin yang sederhana menolak keganasan dan memilih jalan rundingan.’

Dalam ucapan, Peres turut menyentuh keputusan yang diambil oleh kerajaan Israel baru-baru ini berhubung pembinaan penempatan di kawasan yang terletak antara BaitulMaqdis (Al-Quds) dengan penempatan Ma’ale Adumim.

Sumber:
09/12/2012, web berita Safa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: