Kementerian Waqaf dan Hal-Ehwal Agama Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza berkata semalam, sepanjang serangan di Semenanjung Gaza, penjajah telah memusnahkan dua buah masjid dan 34 buah masjid lagi mengalami kerosakan. Di samping itu, penjajah turut menyasarkan enam buah tanah perkuburan.

Ismail Ridhwan selaku Menteri Waqaf mengungkapkan serangan-serangan ke atas masjid dan rumah ibadat serta tanah perkuburan adalah kerja jenayah yang disanggah oleh undang-undang dan piagam antarabangsa.

Sumber:
Web berita Al-Jazeerah

Advertisements