Gaza : PARA WARTAWAN MENJADI SASARAN

PARA WARTAWAN MENJADI SASARAN

Wartawan Al-Jazeera, Nadim Baba melaporkan dalam klip berita 20/11/2012, terlalu banyak serangan yang dilakukan Israel tidak kira melalui udara mahupun laut. Di samping itu, ada juga serangan yang menyasarkan kepada individu seperti yang berlaku kepada 2 orang jurukamera Al-Aqsa TV. Tentera Israel juga menyerang sebuah bangunan yang didakwa menjadi pusat operasi HAMAS tetapi sebenarnya bangunan yang menempatkan agensi media Perancis. Perkara ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan wartawan di Gaza.

Di laman tweeter pula, tentera Israel memberi amaran kepada para wartawan untuk tidak mendekati pusat operasi HAMAS. Amaran seperti itu juga digunakan di kawasan seperti bangunan-bangunan kementerian dan bangunan yang menempatkan agensi-agensi media antarabangsa bagi menghantar laporan berita. Ini menjadi kerungsingan kepada pihak media memikirkan bagaimana untuk menjalankan tugas jika diugut seperti itu.

Bagi orang awam pula, Israel memberi amaran dengan menghantar risalah melalui udara mengatakan ‘Demi keselamatan anda, anda diminta meninggalkan rumah masing-masing dan menuju ke bandar Gaza melalui Jalan Kaherah, Jalan Liga Arab, Jalan al-Aqsa, Jalan al-Qadisiya, Em el-Leymoun, Salahuddin, al-Mansoura, Khalas, Baghdad’. Mereka sangat takut dan diberi tempat perlindungan di sekolah UN (United Nation). Namun begitu, mereka tidak tahu sampai bila akan berada di situ malah tidak dapat tidur berikutan bunyi bom yang bertali arus.
Apabila ditanya tentang serangan balas, Baba menjawab sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM melancarkan serangan roket ke selatan Israel.

sumber:21/11/2012, klip berita Al-Jazeera 20/11/2012

فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

::Mini-Pavilion, ‘From Palestine With Love’ (MAP)::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: