PERDANA MENTERI KE-7 : Kuasa Rakyat atau Kuasa Allah?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

      Saya terdetik untuk menulis sedikit catatan kerdil dalam blog ini berkaitan isu “Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 7” kelak. Saya kagum dan amat berbangga dengan keadaan politik sekarang kerana dahulu politik berasaskan suara rakyat langsung tidak berbayang dan melekat di malaysia tetapi kini suara rakyat menjadi penentu politik Malaysia. Rakyat sudah berani berdepan dengan mustaqbirin yang memerintah negara tanpa rasa gentar,gerun malah lidah menjadi senjata tajam yang menikam hati pemerintah baik pemerintahan itu berasaskan PR atau UBN.

      Hasil kerja rakyat 5negeri di bawah bendera Oposisi yang berjaya memacu negeri ke arah jalan yang “lurus” dan “transparent” sehingga rekod-rekod bersih ini menjadi petanda Oposisi Mampu mentadbir Malaysia dari tangan pemerintah “Najis” yang “takabur” dan “kufur” malah “kafir” kepada agama dan kepada perjuangan. Negeri ini bukan negeri yang di bangunkan dengan jalan-jalan hina tetapi jalan bersih sudah tidak lagi bersih. Bersih nya putih itu tidak langsung bersih tetapi ia di calit dengan bauan busuk dosa dan noda yang parah menjijik. Inilah Malaysia yang di pacu oleh pemimpin yang tidak langsung berakhlaq dan berprinsip pada daulat negara.

     Iya,tuhan itu Maha Berkuasa. Kuasa Allah swt langsung tidak boleh di tepis oleh tangan manusia. Manusia hanya mampu berbicara dan merancang tetapi perancangan itu masih kerdil dan lemah kerana yang lebih kuat itu ialah Allah swt. Allah berkuasa menentukan segala-gala nya. Seperti Allah swt menaikkan Menteri Besar Perak sebelum ini yang mana langsung tidak terdengar siapa DS Nijar. Akhirnya dengan kuasa Allah itu Allah menaikkan DS Nizar sebagai Menteri Besar perak. Mungkin juga PRU13 ini DS Nizar yang bakal menjadi PM atau Tuan Guru Hj Hadi Awang yang bakal Menjadi PM. Sekadar berinterpitasi sahaja tetapi itulah hakikat bertuhan dan menghuni bumi yang mempunyai TUAN. Perlu di ingat bahawa selama ini PAS bekerja keras sehingga hina dan durja di palit pada ahli PAS . Di hembur dengan pelbagai dokma kebajadatan dan kesialan terhadap PAS walhal orang-orang ini siang malam berpijak dengan agama dan cita-cita ingin mendaulatkan dustur Allah swt. Itu perlu di ingat. Kerja mana suci dan kerja mana yang masih berkirafah.

      Saya kurang bersetuju dengan orang PR yang mendaulatkan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. Tidak bermakna saya tidak bersetuju PM ke 7 tetapi saya tidak bersetuju dengan manusia tidak berlandaskan akar agama. Kita terlalu mengagungkan Perdana Menteri ke 7 ialah DSAI tanpa kita bersandar pada Islam dan Allah. Kita sebagai pemimpin perlu mendidik rakyat bahawa kuasa Allah swt itu tidak bisa di tepis. Allah boleh naikkan darajat manusia yang hina sebelum ini dan Allah swt juga boleh menurunkan martabat manusia yang tinggi. Itu konsep bertuhan yang perlu kita faham. Saya tidaklah berkontra tetapi sebagai manusia Islam kita perlu ke hadapan mengenai isu agama. Isu keyakinan dan isu berkiblatkan agama.

      Apa-apapun,kita wajar kembali bersandarkan kepada Allah swt. Jangan kita kufur dengan nikmat kemenangan kita sebelum ini….

InsyaAllah……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: